Seorang penghantar makanan berasa hairan apabila pelanggan memintanya menyerahkan pesanan melalui pintu belakang.
Menceritakan pengalaman itu, Nadzri Abdullah, 25, berkata, kejadian itu berlaku pada hari pertama Ramadan tahun ini melibatkan seorang wanita yang tidak berpuasa. Katanya, wanita itu sendiri memberitahu bahawa dia tidak berpuasa dan bimbang jika perkara itu diketahui ahli keluarga dan jiran. “Dia maklumkan melalui nota pada aplikasi pesanan yang meminta saya hantar ikut pintu belakang. Saya rasa pelik sebab tidak pernah lagi jumpa pelanggan sedemikian.
“Selain itu, ada juga pelanggan yang beragama Islam menggunakan nama bangsa lain seperti Raju untuk membuat pesanan. Apabila sampai ke destinasi penghantaran, baru saya tahu siapa yang buat pesanan kerana saya kenal ayahnya. “Sebagai rider, kami cuma melaksanakan tanggungjawab sahaja. Kami hanya bersangka baik. Lebih daripada itu bimbang jadi fitnah pula,” katanya ketika ditemui dalam Program Sembang Santai Bersama Abang Rider di Ruang Legar Pusat Islam Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini. Program berkenaan dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Seorang lagi penghantar makanan, Mohd. Fadlullah Mohd. Termizi, 37, memberitahu, awal pagi dan tengah hari menjadi waktu pilihan pelanggan beragama Islam membuat pesanan pada bulan puasa. Katanya, rata-rata yang terlibat majoritinya adalah golongan muda. “Bagaimanapun, saya mengambil pendekatan berfikiran positif. Mereka mungkin membuat pesanan untuk ahli keluarga yang uzur dan anak yang masih kecil. “Saya bukan tidak mahu menegur, tetapi bimbang menjadi masalah lain pula. Masing-masing sudah besar dan boleh membezakan mana yang betul atau salah,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
eyansss replied at 19-4-2022 07:06 PM
disebabkan orang cenggini la buat aku susah hati nak order untuk anak aku… nak masak untuk dia mem ...
pooh~key replied at 19-4-2022 07:12 PM
Kau order je sis. Kalau ada yang berbunyi, kau roger akak sis. Biar akak potong kopek mereka sis. ...
ADVERTISEMENT