CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didenda RM2,500 Al-Quran Tiada Kelulusan KDN

18-4-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1112| Komen: 3

Mahkamah Majistret Tumpat pada Isnin mengarahkan seorang lelaki membayar denda RM2,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki sebanyak 916 naskhah al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), tiga bulan lalu.


Tertuduh, Ammar Abdullah, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KDN, Raja Husin Raja Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Ammar (tengah) diiringi pegawai penguat kuasa KDN semasa hadir di Mahkamah Majistret Tumpat pada Isnin.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki 70 naskah al-Quran Al Mumayyaz dan An Nur bersaiz A4 serta B4 yang tidak mempunyai perakuan kelulusan daripada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah premis di Pasir Pekan, Wakaf Bharu pada 20 Januari lalu kira-kira jam 9.04 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 846 naskhah al-Quran Al Mumayyaz dan An Nur bersaiz sama dengan tidak mempunyai perakuan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu kira-kira jam 10.15 pagi pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 bagi kedua-dua pertuduhan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Raja Husin sebelum itu memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana banyak pengeluaran al-Quran yang tiada kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran berlaku sejak kebelakangan ini.

Beliau berharap hukuman dan kes yang dihadapi tertuduh dapat menjadi pengajaran kepada peniaga lain kerana al-Quran mempunyai kesuciannya tersendiri.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi pertuduhan pertama dan RM1,500 untuk pertuduhan kedua selain menetapkan penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar jumlah yang ditetapkan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 18-4-2022 11:17 PM
murah nya Rm 2500. bahaya alquran tak ada kelulusan.takut quran salah tajwit ke.tambah ayat palsu ke..
Quote mbhcsf 18-4-2022 11:19 PM
eh Quran mesti dapat kelulusan KDN , dalam panel tu ade pemeriksa semua juzuk and ayat . bahaya ni tak ade sape check ni.
Quote Rachel_Green 19-4-2022 08:36 AM
Edited by Rachel_Green at 19-4-2022 08:40 AM

jap..jap..maksudnya apa????...tertuduh tak der lesen jual Quran atau Quran AnNUr tu tak de kelulusan?
quran An Nur tu bukan yg Rosyam noor promote dulu tu ke?..takkan salah cetak kot...
yg ni kan....baik KDN cepat2 buat penjelasan bagi clear

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.030978 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top