CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernah Tengok Pencuri Lari Takut Kucing?

18-4-2022 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1730| Komen: 6

Tular sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan gelagat seorang individu terkejut dan terus berlari keluar meninggalkan ruang tamu sebuah rumah selepas disergah seekor kucing.



Kredit foto: Twitter

Meneliti perkongsian pengguna Twitter @ainaarhn, difahamkan rumah keluarganya beralamat Bukit Sekilau, Kuantan dipecah masuk individu tidak dikenali tersebut.

“Pernah tengok pencuri takut kucing? Tak pernah? Nah aku kasi korang tengok sekarang juga,” ciapnya baru-baru ini.



Sementara itu, gadis tersebut turut memaklumkan sebuah beg tangan serta dompet miliknya telah diambil oleh lelaki berkenaan dan dia sangat berharap agar kesemua barangnya dipulangkan semula.

“Aku nak kau letak beg tangan dan dompet aku depan rumah aku, tak kira apa yang jadi, semua orang tengah cari kau, sebelum apa-apa terjadi lebih baik kau serahkan semula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, laporan polis telah dibuat dan segala bukti menerusi rakaman CCTV juga diserahkan.



Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mula meninggalkan pelbagai reaksi berhubung rakaman tersebut.

Ada yang sempat berseloroh mengenai gelagat pencuri tersebut kerana perwatakan beraninya memecah masuk rumah orang, rupanya takut kepada seekor kucing.

“Boleh dikatakan ‘moment’ memalukan seorang pencuri, tunjuk berani pecah masuk rumah orang, curi barang orang, tapi kau sendiri takut kucing yang comel itu,” kata seorang pengguna.

“Mujur kucing tuan rumah tak gigit kau wahai si pencuri, risau demam panas kau lepas itu terkejut, jadi pencuri tak takut pula,” komen pengguna lain. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-4-2022 05:46 PM
dia pecah masuk rumah tu dlm keadaan rumah tu gelapkan ? harussslah mata cik meow bersinar2 di dalam kegelapan disinari cahaya2 kelam n malap... either pencuri tu terkejut nmpak mata bersinar2 bergerak2 menghampiri or dia mmg takut kucing
Quote Decaffeinated 18-4-2022 06:22 PM
macam tu ka gaya pencuri?

Quote swimswim 18-4-2022 08:02 PM
Takut kucing ya.. Tuhan yg nmpk ko mencuri tu ko tak takut ke
Quote kepompong 18-4-2022 09:10 PM
pakai mask
Quote star_karat 18-4-2022 11:57 PM
Mcm aziz satar lagak pencuri berjalan
Quote nononcrux 19-4-2022 10:03 AM

pencuri millennial  

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.029445 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top