CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beranak Duduk Rumah Sempit, Nak Roboh- Isteri Cari Duit Teman Jiran Tidur, Dapat Upah RM15

18-4-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2485| Komen: 9

POKOK SENA: Kesempitan hidup memaksa Mohd Mazlan Zainol, 45, dan isteri serta tiga anak mereka berusia 10 hingga 14 tahun, mendiami rumah sempit di Kampung Sentosa, dekat sini, sejak 12 tahun lalu.


Namun, pesawah yang turut mengambil upah melakukan kerja kampung itu bersyukur kerana isteri, Noor Yanti Suraya Ramli, 40, bersama dua anak lelaki serta seorang anak perempuan, tidak pernah sesekali merungut walaupun hidup serba kemiskinan.

Kata Mohd Mazlan, rumah mereka sekarang dibina bersama bapanya 12 tahun lalu dengan modal RM3,000 disumbangkan ahli keluarga bagi membeli bata serta papan untuknya membawa isteri dan anak sulung yang ketika itu berusia dua tahun berpindah dari rumah pusaka keluarga di lokasi agak jauh dan terpencil.


Foto: Berita Harian


"Ibu pernah meminta kami tinggal bersamanya, namun isteri tidak selesa. Ibu kemudian memberi cadangan kami bina rumah tidak jauh dari situ (rumah ibu)," katanya yang ditemui pada program Ziarah Kasih Ramadan (ZIKIR) anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, hari ini.

Katanya, dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan modal ketika itu, dia dan bapanya berjaya membina rumah didiami sekarang, namun ia kini sudah mula reput dengan kayu dimakan anai-anai dan dinding diperbuat daripada zink juga sudah rosak.

"Ketika itu, saya hanya fikir untuk beri tempat berteduh buat isteri dan anak. Selepas rumah terbabit siap, anak kedua saya dilahirkan disusuli anak bongsu dua tahun kemudian. Lama kelamaan, semua anak sudah besar dan rumah juga hanya tunggu masa untuk roboh, namun kami terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan," katanya.

Menurutnya, rumah terbabit hanya mempunyai satu bilik tidur dan setiap malam, isteri serta anak perempuannya akan menumpang tidur di rumah jiran mereka yang juga seorang wanita warga emas.

"Secara kebetulan, jiran itu tinggal berseorangan dan dia bayar isteri saya RM15 setiap malam kerana menemaninya. Saya anggap itu rezeki kerana wang terbabit sedikit sebanyak dapat membantu menampung hidup kami.

"Hasil bersawah tidak menentu, malah ia juga akan dikongsi dengan ahli keluarga lain. Saya turut ambil upah meracun atau potong rumput di kawasan sekitar," katanya yang akan menyimpan wang diperoleh untuk perbelanjaan sekolah anak-anak berbanding perkara lain.

Walaupun dihimpit kemiskinan, dia yang turut menerima bantuan RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bersyukur kerana anak-anak tidak pernah merungut malah mereka menjadi penghibur ketika di rumah.

"Sebagai suami dan bapa, saya memang sedih kerana gagal menyediakan tempat lebih selesa buat keluarga, namun mujur mereka faham. Malah, hampir setiap hari saya akan berpesan kepada anak supaya beri tumpuan kepada pembelajaran demi masa depan kerana tidak mahu mereka susah seperti saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Mohamad Zaini Mohamud, berkata pihaknya dimaklumkan yang permohonan Mohd Mazlan untuk membina rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berhampiran kediaman sekarang bakal diluluskan dalam tempoh terdekat. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 18-4-2022 03:57 PM
Tgk dulu rumah ibu..
Kang jd mcm kes kat melaka haritu rumah besar, anak je mengada..
Quote emera 18-4-2022 04:08 PM
lattehazelnut replied at 18-4-2022 03:57 PM
Tgk dulu rumah ibu..
Kang jd mcm kes kat melaka haritu rumah besar, anak je mengada..

Kes mana eh? Ada link tak?
Quote Skuau 18-4-2022 04:14 PM
sib baik baca abes...'bab teman jiran tido upah rm15'...tu...nk tau sgt...
Quote prettyuglybabe 18-4-2022 04:21 PM
dah ada tanah..
dalam masa 12 tahun tu takkan la tak mampu nak baiki ekonomi keluarga..
laki bini muda lagi kot..

Quote ezacbee 18-4-2022 04:25 PM
Skuau replied at 18-4-2022 04:14 PM
sib baik baca abes...'bab teman jiran tido upah rm15'...tu...nk tau sgt...

Tajuk tu buat aku nak baca..

Oklah teman tido pun dapat upah.
Quote epal21 18-4-2022 04:29 PM
Terkejut baca teman jiran tidur tu. Rupanya teman orang tua tidur. Semoga dipermudahkan urusan family ni.
Quote missyL 18-4-2022 09:30 PM
Ade jgk eh keje teman tido.
15 rgt ok la. Tido je pn..
Agknye jiran nk bg free gitu2 je x best jgk

Buat la keje sket
Quote Acikgomen 18-4-2022 09:40 PM
prettyuglybabe replied at 18-4-2022 04:21 PM
dah ada tanah..
dalam masa 12 tahun tu takkan la tak mampu nak baiki ekonomi keluarga..
laki bini m ...

Acik baru nak komen benda sama
Takkan la sepanjang doblas taun tu seribu dua pun ko tak mampu simpan
2000 ÷ 12thn = setaun 167ringgit
167 ÷ 12bln = sebulan patblas hengget je Lan oiii ape payah nau nak simpan
Quote Nuyak 20-4-2022 10:26 AM
memang ada warga emas yang beri upah teman kan tido..teringat arwah nenek dulu pun macam tu..dia akan ajak anak2 jiran teman dia tido dan bagi upah..anak cucu semuanya jauh..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045393 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top