CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Lumba-Lumba Stres, Ditunggang Dan Diganggu Pengunjung Pantai Sampai Mati

18-4-2022 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1535| Komen: 6

AUSTIN, Texas – Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di sebuah pantai di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) mati selepas pengunjung cuba menunggang dan berenang dengan mamalia itu, lapor akhbar Metro UK.


Ikan lumba-lumba yang cedera itu terdampar di Pantai Quintana sebelum ditolak semula ke tengah laut oleh pengunjung yang mahu berenang dengannya.

Mereka juga didakwa cuba menunggang haiwan itu sebelum diheret semula ke pesisir pantai dan diganggu orang ramai hingga mati sebelum pasukan penyelamat sempat tiba di lokasi kejadian.


Foto: Agensi

Insiden tersebut didedahkan oleh sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Texas, Marine Mammal Stranding Network (MMSN) menerusi laman Facebook rasminya.


Organisasi itu berkongsi imej orang ramai mengelilingi ikan lumba-lumba betina itu dalam air cetek dengan siripnya boleh dilihat di permukaan air.

Sekeping gambar pula menunjukkan haiwan itu terbaring lesu dengan orang ramai berdiri di sekelilingnya.

“Jenis gangguan ini menyebabkan tekanan yang tidak wajar kepada ikan lumba-lumba liar, berbahaya bagi orang yang berinteraksi dengan mamalia ini dan menyalahi undang-undang.

“Pesalah boleh didenda dan jika sabit kesalahan, akan dihukum penjara,” tulis organisasi itu.

MMSN turut menasihati orang ramai bahawa sekiranya terjumpa ikan lumba-lumba atau paus yang terdampar untuk tidak menolaknya kembali ke laut, tidak cuba berenang dengan haiwan itu, berinteraksi atau mengerumuninya sehingga pasukan penyelamat tiba. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 18-4-2022 02:24 PM
Ada pulak gambr bontot berkerak
Quote raxief 18-4-2022 02:27 PM
perangai B40 juga org texas ni
Quote mdhelmi 18-4-2022 04:58 PM
ape lagi
masak tempoyakla
Quote Decaffeinated 18-4-2022 05:33 PM
They were all just trying to help. Kalau dibiarkan terdampar sahaja sampai mati tentu lagi kuat bunyi nya NGO ni kan?

Quote bakingsoda 18-4-2022 05:56 PM
ummah tak bertamadun dimana2
Quote Tinot7 18-4-2022 10:00 PM
Kecian ikan lumba2..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065128 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top