BANJAR: Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan selama 10 hari terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai PWU, 10 tahun, berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan itu dilaporkan hilang oleh keluarganya dan sejak itu, polis giat melakukan pencarian. Pada 13 April lalu, penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan tengkorak, rambut dan gigi di sebuah kebun milik penduduk setempat. Dua hari kemudian, polis menemukan sejumlah lagi tulang dan keratan badan mangsa yang sudah reput.
Hasil siasatan mendapati, tengkorak itu milik mangsa dan polis mengklasifikasikan kehilangannya sebagai kes bunuh. Sehubungan itu, abang saudara mangsa berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Jurucakap polis Banjar, Suwarji berkata, berdasarkan pemeriksaan dan siasatan, mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian oleh suspek. Katanya, polis menemukan kesan air mani pada badan mangsa dan suspek turut mengakui memperkosa mangsa sebelum membunuhnya. “Suspek menceritakan dia memasuki rumah mangsa dan mencekiknya sehingga pengsan lalu merogolnya. “Tidak lama kemudian, suspek terdengar suara ibu mangsa memanggil anaknya dan kerana panik, suspek terus mencekik mangsa hingga mati. “Suspek kemudiannya membawa mayat mangsa ke sebuah kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa dan mengerat badan kanak-kanak itu kepada beberapa bahagian, termasuk kepala dipenggal,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com. Sementara itu, polis memaklumkan, jenazah mangsa sudah dibersihkan dan diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
angelofish replied at 18-4-2022 11:20 PM
polis indon kalau siasat kes .begitu detail.pelik sungguh. dari A ke Z boleh tau
setori_mori replied at 19-4-2022 06:11 AM
Tu la. Memang effisyen ke atau ada unsur sinetron?
zonan4 replied at 18-4-2022 11:22 PM
mak oi... bulan pose gak byk syaiton
dua_chzy replied at 19-4-2022 03:30 PM
Bukan la. Sebab media mereka takda konsep tutup aib lapor berita sekerat2 bagai. Cuba kalau kes Nu ...
ADVERTISEMENT