CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sam Ke Ting Peroleh Kebenaran Merayu Tangguh Hukuman

18-4-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 328| Komen: 1

Putrajaya – Pemandu wanita yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.


Pada masa sama, wanita itu Sam Ke Ting, 27, turut memperoleh kebenaran bagi penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk P.Ravinthran berserta dua lagi panel iaitu Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Sam Ke Ting, 27, selaku perayu.


Foto: Kosmo

Dalam prosiding hari ini, tertuduh hadir ke kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian berbaju kurung berwarna biru diiringi anggota polis dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Oleh kerana kes itu pada asalnya bermula di mahkamah majistret, Ke Ting perlu mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan rayuan.

Pada 13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun Ke Ting selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 Ke Ting yang mana jika gagal bayar akan ditambah hukuman penjara enam bulan.

Dalam penghakimannya Hakim Datuk Abu Bakar Katar memberitahu, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara bersumpah bersifat penafian semata-mata bahawa responden tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar dan telah melarikan diri.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-4-2022 07:15 PM
Untung jugak pakai mask...nampak cam lawa.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.088134 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top