CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bekas Puteri Jepun Gagal Lagi Dalam Peperiksaan Peguam

18-4-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7606| Komen: 72

New York– Suami kepada bekas puteri Jepun, Mako Komuro dilaporkan gagal dalam peperiksaan peguam di negeri New York untuk kali kedua, lapor akhbar Bangkok Post.


Kei Komuro gagal dalam peperiksaan peguam di New York buat kali pertama pada Julai tahun lepas. Beliau mengambil ujian sama untuk kali kedua pada Februari lalu dan dijangka mengambil peperiksaan itu semula Julai tahun ini.

Kei berkahwin dengan anak saudara Maharaja Naruhito itu di tengah-tengah kritikan berhubung masalah kewangan melibatkan ibu dan bekas tunangnya. 


Foto: AFP

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 30 tahun, meninggalkan Jepun untuk memulakan kehidupan baharu di New York, Amerika Syarikat (AS).


Menurut penganjur, seramai 3,068 calon menduduki peperiksaan peguam itu dan hanya 1,368 atau 45 peratus daripada mereka lulus.

Kei mula bekerja sebagai kerani undang-undang di sebuah firma guaman di New York selepas menamatkan pengajian di Sekolah Undang-Undang Universiti Fordham dengan kelulusan ijazah Doktor Juris pada Mei 2021.

Undang-undang Jepun menyatakan bahawa kerabat diraja wanita perlu untuk melepaskan status mereka apabila berkahwin dengan rakyat biasa.

Sejak pasangan itu mengadakan sidang akhbar pada 26 Oktober 2021 iaitu pada hari pendaftaran perkahwinan mereka, Mako Komuro mendedahkan bahawa beliau yang meminta suaminya meneruskan rancangan untuk belajar dan tinggal di luar negara. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 18-4-2022 11:14 AM
aduh.. 1 dunia tau.. dala jd tumpuan. kalau org biasa xpe lg fail. xde yg kecoh2
Quote Orix 18-4-2022 11:15 AM
kim kardashian pun byak kali failed apa de hal.....
Quote namr 18-4-2022 11:38 AM
Belambak n biasa je org fail kan..tp sbb ko kawin dgn tuan puteri mmg jd tumpuan ler. Camne nnt kalo fail lagi dan lagi
Quote nurul_akmar 18-4-2022 11:44 AM
Oklah ko fail n cuba n cuba n cuba.. dr kat msia ni, doctorate pon x penah amek, Doktor ape tah lagi.. tetibe depan nama dan2 ada Dr. Heh
Quote annehuda 18-4-2022 11:47 AM
biarlah fail banyak kali daripada dah lulus pastu jadi lawyer tiktok mcm lawyer benon tu
Quote cmf_premierleag 18-4-2022 01:12 PM
Fly_over replied at 18-4-2022 11:14 AM
aduh.. 1 dunia tau.. dala jd tumpuan. kalau org biasa xpe lg fail. xde yg kecoh2

Lenkali amik la exam tu dulu smpi lulus.ko gagal berapa kali pun ummah whoareyusskan saja ko.
And dah lulus nanti baru la kawen dgn anak maharaja tu
Ni sbb dah kawen, haruslah jd tumpuan walau x lulus exam kan
Quote Fly_over 18-4-2022 01:32 PM
cmf_premierleag replied at 18-4-2022 01:12 PM
Lenkali amik la exam tu dulu smpi lulus.ko gagal berapa kali pun ummah whoareyusskan saja ko.
And  ...

ummah japan yg protes deyols kawen tersenyum sinis sis
Quote makneng 18-4-2022 01:39 PM
Apa sangatlah kalau acik2 kaypoh kat desa tanya result spm ke pmr ke stpm uolls…ni satu dunia tau heolls fail….takat acik2 kaypoh tu small the matter jah [em:3:]
Quote SedihPedih 18-4-2022 01:43 PM
jenuh pressure nk re sit for exam..nnt result semua org tau
Quote syamzana 18-4-2022 02:11 PM
kepohnya masyarakat dunia. kalau fail berkali-kali pun apa kesannya kat dunia
Quote prince_marhaen 18-4-2022 02:51 PM
Mestilah semua orang harap dia lulus, so that dia boleh practice, ada kerjaan tetap, ada income, since itu je yang heols boleh buat... kalau tak sia-sia Mako lepaskan derajat anak raja sheols tu...hujung-hujung laki sengkek tak pass exam...apoooooo
Quote merrissa 18-4-2022 03:18 PM
Kesian jgn smpai kei bunuh diri udah. Terbyng pula si kei ni duk stress marah2 bini dia ????
Quote sharlenetexas 18-4-2022 03:33 PM
Menurut penganjur, seramai 3,068 calon menduduki peperiksaan peguam itu dan hanya 1,368 atau 45 peratus daripada mereka lulus.


Quote sharlenetexas 18-4-2022 03:34 PM
Kiranya tak sampai separuh bilangam calon yang lulus.

Quote Decaffeinated 18-4-2022 06:31 PM
dia tak pandai inggerish ka?

Quote nafham 18-4-2022 06:55 PM
entah2 ada tgn luar yg sengaja tak nak bagi laki dia lulus. saja nak jatuhkan sebab dah malukan salasilah maharaja jepun. ahgittew.... very the buruk sangkable iols ni
Quote dani-rox 18-4-2022 07:27 PM
bila takda income utk tanggung family, ex princess pun tersedar apabila merasa betapa susahnya hidup jd marhaen. lantas dia tepon istana dan dibawak balik ke jepun oleh bondanya sendiri. maka tinggallah suaminya terkontang kanting, menyesali nasib diri... rupa2nya cinta suci saja tidak cukup dlm hidup berumahtangga.

Quote cmf_jeangrey 18-4-2022 09:07 PM
nafham replied at 18-4-2022 06:55 PM
entah2 ada tgn luar yg sengaja tak nak bagi laki dia lulus. saja nak jatuhkan sebab dah malukan sala ...

Agenda yahudi sis...cemburu dgn kejayaan ummah oriental
Quote faraway1 18-4-2022 09:24 PM
selama jadi puteri, mesti banyak duit dalam bank tu semua,
semua kena kasi balik ke apa lepas tak jadi puteri...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.256077 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top