CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamam Bila Tahu Drip Pemutih Kulit Ada Campuran Janin Bayi

18-4-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2612| Komen: 26

Kuala Lumpur: "Saya tergamam apabila diberitahu cecair drip pemutih kulit yang sedang dimasukkan ke dalam badan mengandungi campuran  janin bayi," kata wanita hanya mahu dikenali sebagai Sally, 32.


Sally berkata, ketika itu, dia rasa sangat bersalah hinggakan merasakan mahu menyedut keluar semua cecair drip pemutih yang memasuki badan.

"Saya hanya sempat menjalani dua kali rawatan drip pemutih kulit dan selepas peristiwa itu, saya tidak melakukannya lagi.

"Saya takutkan kemurkaan Allah SWT kerana memasukkan bahan tidak suci ke dalam badan hanya untuk kecantikan semata-mata," katanya.

Kata Sally, dia mengambil drip pemutih kulit pada 2017. Ketika itu, dia pada awalnya hanya menemani rakan menjalani rawatan berkenaan.

Foto: TikTok


"Namun, saya terikut ajakan rakan yang meminta saya mencuba rawatan itu di rumah seorang wanita.

"Wanita itu mendakwa bahan drip pemutih campuran janin bayi ini mempunyai kesan pemutihan yang lebih cepat.

"Dia juga menunjukkan testimoni rawatan oleh selebriti terkenal tanah air yang menjalani rawatan itu dengannya," katanya.

Sally berkata, pada 2017, rawatan drip pemutih kulit mulai terkenal dan ramai yang melakukannya.

"Beberapa rakan saya yang menjalani rawatan ini turut menghentikan rawatan berkenaan selepas mengetahui kandungannya.

"Pada masa itu, saya ambil pakej berharga RM100 untuk satu sesi rawatan dan terdapat beberapa pakej lain dengan harga lebih mahal.

"Saya tidak kisah berkulit sawo matang, asalkan kesihatan terjamin dan tidak berhadapan risiko penyakit merbahaya," katanya.

Haram guna produk ada bahan memudaratkan

Kuala Lumpur: Haram sekiranya mengambil produk kecantikan yang mengandungi bahan memudaratkan kesihatan, bahan tidak suci dan mengubah ciptaan asal wajah atau tubuh manusia.

Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, ini kerana perkara itu bercanggah dengan arahan dan juga larangan yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

"Mengambil drip pemutih kulit hingga bertukar warna kulit asal (gelap) kepada putih adalah haram kerana mengubah ciptaan asal.

"Sekiranya mengambil produk ini (drip pemutih kulit) mengandungi bahan tidak suci yang melanggar syariat Islam, maka ia berdosa dan perlu bertaubat," katanya.

Beliau berkata, perlu difahami bahawa berhias, menjaga tubuh, menjaga wajah atau anggota kurniaan Allah SWT adalah tanggungjawab semua manusia, khususnya umat Islam.

"Atas dasar ini, jangan melakukan tindakan yang melampaui batas syarak.

"Bagi mereka yang ingin kelihatan cantik dengan cara mengambil drip atau bahan kecantikan tertentu, perlulah mengetahui kandungan asas dalam produk berkenaan," katanya.

Katanya lagi, menggunakan bahan  mengandungi bahan seperti anggota atau janin manusia atau haiwan untuk produk kecantikan adalah tidak dibenarkan, kecuali dalam keadaan darurat.

"Isu darurat hanya boleh ditentukan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan mufti yang difatwakan sebagai darurat.

"Namun, perlu diketahui, buat masa ini isu kosmetik kecantikan masih belum termasuk dalam keadaan darurat dan ia lebih kepada tahsiniat sahaja.

"Ketiadaan perkara tahsiniat tidak membawa kepada kesukaran dalam hidup manusia," katanya.

Kulit muka 'bersisik' lepas rawatan keempat

Kuala Lumpur: Kalau hendak cantik kena tahan sikit.

Itu jawapan 'juruterapi estetik' kepada wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nabela, 34, setiap kali mengadu 'kesakitan' selepas menjalani rawatan drip pemutih kulit.

Nabela berkata, empat sesi rawatan itu memberikan kesan yang berbeza dan membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Selepas rawatan pertama, saya berasa kebas tangan, panas badan dan sedikit pening kepala.

"Kesan rawatan kedua pula ialah badan kemerahan dan gatal-gatal. Tetapi, saya menahan rasa itu kerana inginkan kulit putih," katanya.

Menurutnya, selepas  rawatan ketiga, bahagian muka, tangan dan paha terasa pijar serta panas.  

Juruterapi estetik mengatakan itu adalah reaksi biasa dan melaraskan kandungan vitamin untuk meningkatkan kesan pada kulit

"Kesan saya alami selepas rawatan keempat ialah kulit muka seperti 'bersisik', kemerahan dan gatal. 

"Saya berasa takut dengan tindak balas yang berlaku pada kulit. Saya tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh juruterapi estetik yang hanya mengatakan kesan dialami setiap orang berbeza," katanya.

Nabela berkata, dia kemudian merujuk masalah dialami ke klinik estetik lain dan mereka menasihati supaya menghentikan prosedur berkenaan kerana tidak bersesuaian dengan dirinya.

"Ini kerana badan saya seperti menolak bahan drip pemutih ini dan bimbang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

"Saya mencuba rawatan ini kerana inginkan kulit cantik dan cerah seperti rakan sekerja yang pernah menjalani rawatan drip pemutih kulit enam tahun lalu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-4-2022 11:34 AM
now mmg giat betul kegiatan mengdrip2 nak putih

manjang full house tgk kat IG
masing2 dah rupa jenazah
Quote tikusmontok 18-4-2022 01:14 PM
So retis2 yg dulu itam sekarang putih tu tau ke idok?
Quote Thunderclouds 18-4-2022 01:26 PM
Teringat cita Dumplings. Dia chopped fetus wat jd inti dumpling utk awet muda. Mat salleh save uri depa then wat pil utk depa sendri mkn. So ...
Quote epal_putih 18-4-2022 01:33 PM
nak putih2 sangat nak buat apa.. huhuhu
i suka tgk org kulit sawo matang gitu..
Quote Nenasketum 18-4-2022 01:43 PM
Esok2 menderita lah sakit cancer memacam. Memandai masukkan foreign illegal concoction dalam badan. Tak jugak lawa aku nengokkan
Quote scorpionkiki 18-4-2022 02:23 PM
cikatilia replied at 18-4-2022 11:34 AM
now mmg giat betul kegiatan mengdrip2 nak putih

manjang full house tgk kat IG

Lepas bila beranak gaduh anak gelap
Quote lattehazelnut 18-4-2022 02:28 PM
Kau ingat utk kecantikan diorg kisah diperbuat dr apa or apa risk nya..
utk vaksin covid je beriya..
Quote sharlenetexas 18-4-2022 02:46 PM
Sally ni tulen ke?

Quote KamikuP 18-4-2022 02:48 PM
Cik Sally ni ni meolls rasa baik dia buat rawatan rambut kat Yun Nam tak pun kat Drshah clinin.. nak putih jahhh..apoo
Quote Tinot7 18-4-2022 04:51 PM
Eeww.. campuq janin baby..
Yg drip pemutih iols tau, glutathione dgn vitamin c .. takde la jadi putih dan takde janin dlm tuh..
Quote dua_chzy 18-4-2022 05:21 PM
Teringat vaksin Pfizer.

Senyum sinis.
Quote makita 18-4-2022 05:29 PM
KamikuP replied at 18-4-2022 02:48 PM
Cik Sally ni ni meolls rasa baik dia buat rawatan rambut kat Yun Nam tak pun kat Drshah clinin.. nak ...

Ni meols tgok kt tiktok dia kene kenser hasil regim kecantikan dia.tu yg takde rambut tu.
Quote kakikuDibibirmu 18-4-2022 07:57 PM
Adrenochrome tersenyum sinis
Quote buapakperut 18-4-2022 08:52 PM
Fong sai yuk pun nak putih ke
Quote me12345 18-4-2022 10:24 PM
Ramai org buat bisnes ni..kaya raya dah..
Quote dani-rox 18-4-2022 10:28 PM
akak sally ni menghidap penyakit rambut yg sama dgn acik jadah smith ke
Quote Nham22 18-4-2022 10:34 PM
Tinot7 replied at 18-4-2022 04:51 PM
Eeww.. campuq janin baby..
Yg drip pemutih iols tau, glutathione dgn vitamin c .. takde la jadi puti ...

Skrg ade yang placenta untuk whitening..cume xpasti yg placenta ni gune untuk drip atau dermapen..
Quote bellaamsar 18-4-2022 11:43 PM
Sekarang dia kena cancer kn sebab asyik buat drip putih. Ade dia cerita dlm tiktok haritu
Quote Tinot7 19-4-2022 12:29 AM
Nham22 replied at 18-4-2022 10:34 PM
Skrg ade yang placenta untuk whitening..cume xpasti yg placenta ni gune untuk drip atau dermapen.. ...

Menjadi ka whitening tu?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048291 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top