CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denda RM5,531 Kalau Tak Cukup Minum Air Ketika Memandu

16-4-2022 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1076| Komen: 0

Pemandu di Britain yang gagal minum air  mencukupi semasa memandu untuk  perjalanan jarak jauh boleh dikenakan denda sebanyak £1,000 (RM5, 531), lapor akhbar Mirror UK semalam.


Ini kerana kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh menyebabkan gejala seperti pening dan hilang tumpuan semasa memandu.


Gambar hiasan

Beberapa pakar  automotif  mengingatkan pemandu boleh didenda £1,000  jika didapati bersalah gagal mengawal kenderaan dengan betul.

Peringatan itu diberikan memandangkan ramai warga Britain merancang untuk bercuti atau melawat keluarga pada hujung minggu ini sempena cuti Hari Easter.


Penyelidikan dari Universiti Loughborough menunjukkan bahawa  kesan dehidrasi ringan adalah sama dengan pengambilan alkohol berlebihan  semasa memandu.

“Kita biasa memeriksa paras air dan minyak kereta sebelum memulakan perjalanan tetapi berapa ramai yang memeriksa paras air dalam badan sendiri?

“Minum  banyak air bukan sahaja akan memberi kesan positif kepada badan tetapi juga akan mengelakkan kemungkinan pening atau hilang tumpuan,” kata seorang pakar automotif berkenaan, Mike Thompson.

Tinjauan oleh sebuah syarikat tempatan mendapati bahawa sekitar tiga daripada lima rakyat Britain tidak menyedari risiko kekurangan air semasa memandu.

Kira-kira 70 peratus kemalangan di jalan raya Britain dipercayai berpunca daripada kesilapan pemandu dengan dehidrasi berpotensi menjadi faktor pelanggaran.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.026353 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top