Tindakan seorang wanita meninggalkan anak perempuanya berusia empat tahun tidur bersendirian mengundang padah apabila kanak-kanak berkenaan ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Saujana 2, Setapak di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, polis menerima laporan sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan maklumat mangsa yang tinggal di salah sebuah unit di tingkat 18 ditemukan maut terjatuh dari balkoni rumahnya.
Siasatan awal mendapati mangsa tidur bersendirian tanpa pengawasan manakala ibu mangsa keluar dari rumah. “Semasa kejadian, penghuni rumah yang lain sedang tidur di bilik berasingan dan tidak mengetahui mangsa ditinggalkan bersendirian. “Kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tiba di lokasi dan mayat dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut, kata beliau, kes disiasat oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK). “Ibu bapa dinasihati tidak meninggalkan anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian mengikut AKK,” jelasnya. Sumber: UTUSAN
|
alesandra replied at 16-4-2022 11:59 PM
maknya keluar 2 pagi tu buat apa?menyundal???
kepompong replied at 17-4-2022 01:43 AM
tak boleh hidup aman MA & kru ambulans kan. 2 pagi kena kerah semata2 kerana kecuaian mak yg selfish
monreyes replied at 17-4-2022 07:41 AM
pelik..bebudak kalau takut dia akan nanges cari mak dia..bukan pi terjun
ADVERTISEMENT