CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Duit Bayar Tambang, Remaja Perempuan Kelar Leher Pemandu E-Hailing

16-4-2022 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6146| Komen: 65

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki mengelar leher seorang pemandu e-hailing di Jalan Ipoh pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, remaja tersebut ditahan di sebuah premis perniagaan di Jinjang pada jam 4.55 petang Sabtu.


Mangsa yang cedera di leher disyaki dikelar oleh seorang remaja perempuan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. (Gambar kecil: Beh Eng Lai)

"Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 63 tahun itu telah mengambil suspek di Tangkak Johor dengan menggunakan aplikasi e-hailing.


"Setelah sampai ke destinasi di Jalan Ipoh, mangsa telah memberitahu suspek jumlah tambang yang dipersetujui untuk dibayar iaitu sebanyak RM400," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Eng Lai berkata, suspek enggan membayar tambang tersebut kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek yang takut dengan tindakan pemandu itu bertindak mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau lipat dan kemudiannya melarikan diri serta meninggalkan senjata itu di dalam kereta mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah memandu menuju ke Balai Polis Sentul untuk meminta bantuan.

"Lelaki itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 17-4-2022 12:23 AM
Kau kenapa dek... Duit takde naiklah bas. Ni kau feeling2 ada personal chauffeur hantar door to door.
Quote Pixie902 17-4-2022 12:33 AM
Macam2 style gila dah di msia ni...dari tangkak ke kl naik e-hailing tapi takda duit nak bayar?
Sumbat jer dlm lokap tapi bawah umur pulak.
Quote LoveSungmin 17-4-2022 12:41 AM
FB_IMG_1650127165778.jpg FB_IMG_1650127152852.jpg
Quote Pixie902 17-4-2022 12:46 AM

tu ke suspeknya?
nampak mcm tomboy.
melayu ke?  

Quote supernaturalee 17-4-2022 12:47 AM
Ada mslh mental tak
Quote hareeeesah 17-4-2022 12:47 AM
LoveSungmin replied at 17-4-2022 12:41 AM

Laaa perempuan ke eh pengkid.. bro berani btul kelar org aduhai.. 16tahun jauh tu tangkak kl, bas kan ada. Yg stop dekat dgn sentul pun ada
Quote lattehazelnut 17-4-2022 12:54 AM
Sempat pla tu lari ke jinjang dr jln ipoh dlm xde duit tu..
Quote Fly_over 17-4-2022 12:55 AM
budak lagi. xde rekod jenayah advance terus nak kelar leher org… gila kau dekkk… kesian driver tu mesti happy gila accept job rm400. skali kena kelar.
Quote LoveSungmin 17-4-2022 12:56 AM
Pixie902 replied at 17-4-2022 12:46 AM
tu ke suspeknya?
nampak mcm tomboy.
melayu ke?

ye, ni saspeknya.. ada gambar kat fb.. tak tau la bangsa apa
Quote Cece1234 17-4-2022 01:02 AM
Ganasnya..
Quote Babai 17-4-2022 01:14 AM
Buruk gila muka
Quote Xim 17-4-2022 01:17 AM
Masuk sekolah HG, keluar jd youtuber.....erm....
Quote Tinot7 17-4-2022 01:18 AM
Menakutkan...
Quote syamzana 17-4-2022 01:26 AM
tgk body bdk ni lagi gah dari uncle drebar
jalan jauh2 ni makpak tau dak?
Quote kepompong 17-4-2022 01:37 AM
bawah umur ni… Polis sila tangkap parents dia . sbb abaikan anak sampai tergamak kelar leher orang
Quote Carcosa 17-4-2022 02:33 AM
Kemain selera kau dik oi. Nak direct Johor - KL naik kereta, nak relax2. Tapi duit haram nak ada.
Naik bas jelah lain kali. Kemain tolol kau ni
Quote edayildiz 17-4-2022 04:45 AM
gila la bwh umo dh gila gini..bangsa yindia ke melayu ni..tp blh lak dia keluar..parents tau tak tu..parents skrg reti beranak jer ke..serius lah bodoh gila spesis yg reti beranak tp xjaga ank sampai ank jd jahat
Quote sukacactus 17-4-2022 04:54 AM
Konon style la tu naik grab jauh2, tp sengkek
Quote depresio 17-4-2022 04:56 AM
Edited by depresio at 17-4-2022 04:58 AM

Perempuan ke tu?

Apesal org johor ni ek
Anak bawah umur boleh buat macam2 hal

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052478 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top