Semua pegawai Aparatus Sivil Negara (ASN) atau penjawat awam di Purwakarta dan Karawang dikehendaki menjalani tadarus atau membaca al-Quran bersama-sama sebelum bekerja di bulan Ramadan.
Ketua ASN di Purwakarta, Anne Ratna Mustika berkata, arahan itu berdasarkan pekeliling yang mewajibkan semua penjawat awam negeri menghadiri aktiviti keagamaan. Jelasnya, pihaknya menjangka sesi tadarus akan dapat dilengkapkan pada minggu ketiga Ramadan. Katanya, sesi tadarus dilakukan setiap hari dari pukul 7 hingga 8 pagi bagi seluruh pegawai ASN di wilayah ini.
“Aktiviti itu bertujuan meningkatkan keimanan dan ketakwaan sepanjang berpuasa. “Minggu lalu, kita berjaya habiskan satu juzuk sehari kerana surahnya agak panjang. Minggu depan mungkin kita dapat habiskan dua ke tiga juzuk dalam sehari,” katanya lapor CNN Indonesia. Langkah sama turut dilakukan Kerajaan Kabupaten Karawang yang mewajibkan kepada semua golongan pekerja menyertai tadarus dan ceramah agama sebelum memasuki pejabat. Sumber: Utusan
|
angelofish replied at 15-4-2022 04:51 PM
tuhan kata sunat.manusia kata wajib.
ADVERTISEMENT