Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berdepan detik mencemaskan apabila nyaris dihempap tangki tandas cangkung dalam kejadian hari ini.
Kemalangan itu boleh menyebabkan kecederaan serius, namun Pandelela bernasib baik kerana hanya mengalami luka di bahagian tumit kaki kiri. Pengalaman itu dikongsikan atlet berusia 29 tahun itu di Facebook dengan memberitahu kejadian itu akan diingati sampai bila-bila. “Pagi yang tidak disangka dan akan sentiasa saya kenang sampai bila-bila. Saya bernasib baik kerana mengalami luka ringan.
“Tak tahu nak ketawa atau menangis,” tulisnya secara berseloroh selepas berkongsi gambar luka di kakinya dan kejadian yang menunjukkan tangki tandas cangkung itu pecah terhempas ke lantai. Kejadian itu dikatakan berlaku di gimnasium acara terjun di Bukit Jalil.
|
Decaffeinated replied at 15-4-2022 09:45 AM
kenapa pilih tandas cangkung?
Decaffeinated replied at 15-4-2022 05:45 PM
kenapa pilih tandas cangkung?
cmf_almondpecan replied at 15-4-2022 10:45 PM
Ada orang geli tandas duduk kalau share dengan orang lain.
angelofish replied at 15-4-2022 04:56 PM
tak sangka tangki tergantung macam tu ada jugak di buat dari seramik
Decaffeinated replied at 15-4-2022 05:45 PM
kenapa pilih tandas cangkung?
exclusive_vvip replied at 16-4-2022 12:47 AM
terbalik pulak dgn iols..i geli tandas cangkung sbb rasa mcm dekat sangat lubang tu,takut air leh ...
airfilterkotor replied at 16-4-2022 02:58 AM
Cangkung lebih lawas dari duduk.
Utk yg badan besau-besau bmi 30 atas, orang tua-tua, orang sakit/u ...
misshero replied at 16-4-2022 06:36 AM
Kalau tandas awam memang prefer cangkung dari duduk. Sebab salu jumpa, ada manusia yg duduk mencangk ...
ADVERTISEMENT