CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alami Ruam Dan Nanah Teruk, Cucu Berang Dakwa Atuk Dipaksa Vaksin Oleh Doktor

15-4-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1732| Komen: 7

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menafikan terdapat elemen paksaan untuk mengambil vaksinasi COVID-19 terhadap kes seorang warga emas yang mengalami ruam dan nanah teruk selepas mendapatkan dos tunggal vaksin CanSino di Klinik Kesihatan (KK) Padang Rengas, Kuala Kangsar.


Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata siasatan mendapati warga emas terbabit hadir seorang diri ke KK 6 April lalu bagi rawatan susulan penyakit kronik dialaminya iaitu Dyslipidemia sebelum melalui sesi konsultasi di bilik rawatan bersama Pegawai Perubatan.

Beliau berkata, hasil konsultasi mendapati lelaki warga emas berkenaan belum pernah menerima suntikan vaksinasi COVID-19.

Berikutan itu, katanya, Pegawai Perubatan terbabit memberikan kaunseling kepadanya mengenai suntikan dos tunggal vaksin CanSino.


Foto: Twitter

"Ia memandangkan warga emas itu mempunyai masalah logistik dan sukar untuk datang ke klinik semula sekiranya terpaksa hadir untuk dos kedua. Dia kemudian bersetuju menerima suntikan terbabit selain sudah menandatangani borang persetujuan dan disuntik pada hari sama.

"Warga emas itu datang semula ke klinik pada 8 April lalu bersama seorang waris dan mengadu mengalami ruam di bahagian kiri atas dada, leher dan bahu sebelum dia dirujuk untuk rawatan lanjut di Klinik Pakar Dermatologi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Ding berkata, ujian makmal Tzanck Smear yang dijalankan pada 11 April lalu oleh Pakar Dermatologi, Hospital Taiping mendapati lelaki berkenaan positif menghidap penyakit kayap atau Herpes Zoster.

Katanya, warga emas berkenaan kini stabil dan dirawat sebagai pesakit luar, selain sudah diberikan ubat antiviral dan ubat tahan sakit.

Beliau berkata, selain itu dia turut diberikan tarikh janji temu susulan di klinik pakar pada 19 Mei depan.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai seorang pengguna Twitter yang mendakwa datuknya dipaksa mengambil dos penggalak oleh doktor di KK Padang Rengas, Kuala Kangsar yang seterusnya menyebabkan kegatalan dan nanah teruk pada kulit.

Pengguna Twitter dengan nama pengguna @qwisticha itu mendakwa, datuknya dipaksa mengambil suntikan dos penggalak tanpa sebarang persetujuan menerusi dokumentasi dan rujukan rekod. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 15-4-2022 02:07 PM
I second dose aritu satu bdn ruam n bengkak bpe jam lpas vaksin..mmg xberani nak ambik booster ni..[em:9:]
Quote Firenzza 15-4-2022 03:21 PM
Kejei tersenyum sinis
Quote stingerkaypoh 15-4-2022 03:33 PM
Knp dpt CanSino ehh?
Quote cikatilia 15-4-2022 04:08 PM
dia ada kurap kan bukan sbb vaksin
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2022 07:53 PM
stingerkaypoh replied at 15-4-2022 03:33 PM
Knp dpt CanSino ehh?

CanSino sekali cucuk jah, bukan dua kali cucuk, nak memudahkan warga tua itu katanya
Quote sharlenetexas 15-4-2022 08:09 PM
Mana haflin isteri mp padang rengas? Tak pulang ke tanah air ke?

Quote manzilla 16-4-2022 08:55 PM
cikatilia replied at 15-4-2022 04:08 PM
dia ada kurap kan bukan sbb vaksin

Bukan... bukan... apa saja selain benda itu...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.132287 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top