CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tergamak Liwat Anak Sendiri!- Budak 4 Tahun Jadi Muram, Mengadu Sakit 'Belakang'

14-4-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3819| Komen: 50

Kangar: Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan tengah malam semalam, selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek.

Gambar Hiasan

"Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta serba tidak kena.

"Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian 'belakang'. Curiga dengan keadaan itu, neneknya meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku.

"Kanak-kanak itu memberitahu neneknya perlakuan bapanya ketika mereka berdua saja di rumah," katanya dihubungi hari ini.

Nenek mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.

Menurut beliau, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik yang mana kakak dan abangnya berusia 10 serta enam tahun.

"Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.

"Siasatan awal mendapati, rumah nenek mangsa dan kediaman suspek yang juga menantunya itu terletak bersebelahan," katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, namun disebabkan sikap suspek yang dikatakan panas baran serta malas bekerja menyebabkan nenek mangsa dan suspek tidak bertegur sapa.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati, lelaki terbabit turut mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 14-4-2022 03:04 PM
Off with his head. Tu ja ubat dia.
Quote kepompong 14-4-2022 03:07 PM
4 tahun tu kecikk sgt lagi
Quote white_musk 14-4-2022 03:09 PM
sila mengadu pada ustazah ASSma
Quote bungarose 14-4-2022 03:11 PM
Celaka
Stress aku baca kes bapak setan
Quote dua_chzy 14-4-2022 03:13 PM
white_musk replied at 14-4-2022 07:09 AM
sila mengadu pada ustazah ASSma

Setuju. Bab begini tak rajin pulak alim ularmak tanahair nak tegur kaw2 padu kasik pedas2 siap ungkit pasal syurga neraka.
Quote dua_chzy 14-4-2022 03:14 PM
Lobai porom pun tak minat komen tered begini. Bab kopek bini orang laju ja dia komen.
Quote libra_gurlz 14-4-2022 03:15 PM
rasa nak carut tapi tgh pose...
Quote musangbodoh 14-4-2022 03:17 PM
panas baran
bekas convict
pedo


memang kena rejam mati patutnya
Quote mejaputih 14-4-2022 03:18 PM
tak mention pula pasal ibunya ye...
Quote lasagnaklcc 14-4-2022 03:19 PM
Keje tak, pastu liwat darah daging sendiri. Sehina2 seorang lelaki... itu pon ada perempuan hadap. Nenek tu dah nyampah sgt la tu rumah sblh pon tak bertegur.
Quote sarahmirza 14-4-2022 03:21 PM
Bapak tu umur dia 51 tahun?
Anak pun kecik2 10, 6 & 4 tahun...
Sebelum ni ada anak lagi ke tak?
Kiranya puas menyetan kemudian kawin membiak liwat pulak anak?
Apa sangat la si mak tu hadap suami panas baran pemalas pulak tu.

Sakit hati baca cerita macam ni...
Quote Tumpang-Sibok 14-4-2022 03:21 PM
Sajat tersenyum sinis
Quote Kurex 14-4-2022 03:26 PM
Taik dadahhhhh
Quote anakmak 14-4-2022 03:32 PM
Jangan pemjara
Campak kandang singa ke ngimaou ke
Save budget beli dgg

Simpan penjara kena tanggung lagi nnt
Quote tripleid 14-4-2022 03:40 PM
mohon usjajah tiktok beri komen sepatah dua kata,jgn krik2 jah..kalo bab justin bibir tu kemain lajuuu merempann kann
Quote Meiizu 14-4-2022 03:54 PM
Bagus nenek.
Padan muka jantan setan
Quote darkness 14-4-2022 03:57 PM
Setan tul perangai ko. Aduih speechless
Quote Artemesiaa 14-4-2022 03:59 PM
Elok dikembirikan aja
Quote chandrahusin 14-4-2022 04:00 PM
Bagus nenek terus report
Nenek pun dh menyampah
Check jgk adik beradik lain

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.110925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top