CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sri Lanka Muflis, Rakyat Menderita

14-4-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4165| Komen: 42

Kerajaan Sri Lanka memberi isyarat bahawa negara itu kini telah muflis dengan mengumumkan kegagalannya untuk membayar semua hutang luar negara, lapor akhbar Daily Financial Times.


Langkah itu sekali gus menamatkan rekod cemerlang Colombo dalam membayar obligasi hutang luar negaranya sejak kemerdekaan Sri Lanka.

Setiausaha Perbendaharaan, Mahinda Siriwardena memberitahu wartawan bahawa penstrukturan semula obligasi hutang luar negara yang ‘tertib dan konsensual’ akan didorong oleh program bantuan ekonomi yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


Foto: AFP

Menurut beliau, Sri Lanka mempunyai rekod sempurna bagi pembayaran hutang luar negara sejak kemerdekaan pada tahun 1948.

“Bagaimanapun, beberapa krisis baru-baru ini seperti pandemik Covid-19 dan krisis di Ukraine telah menjejaskan kedudukan fiskal negara ini.

“Lewat bulan lepas, IMF memberi penilaian bahawa stok hutang Sri Lanka adalah tidak mampan. 

“Meskipun kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam usaha untuk kekal berdaya tahan dalam semua keberhutangan, kini jelas bahawa ia bukan lagi dasar yang boleh dipertahankan. Penstrukturan semula obligasi-obligasi ini amat diperlukan,” ujarnya.

Tambah Mahinda, kerajaan telah meminta bantuan IMF untuk mewujudkan program pemulihan ekonomi dan bantuan kewangan kecemasan.

Kerajaan juga meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala bagi mengurangkan penderitaan rakyat yang disebabkan oleh krisis ekonomi itu.

Sri Lanka mempunyai kira-kira AS$6 bilion (RM25.37 bilion) hutang luar negara yang perlu dibayar bagi tahun ini, manakala rizab boleh guna negara itu telah merosot kepada rekod terendah dalam sejarah iaitu hanya AS$150 juta (RM634.2 juta).

Menurut laporan Times of India, Sri Lanka Selasa lalu mengumumkan gagal membayar hutang luar negaranya sebanyak AS$51 bilion (RM215.7 bilion). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-4-2022 02:08 PM
kesian. moga malaysia tak begitu
Quote angelofish 14-4-2022 02:53 PM
dan di malaysia.duk angkut pekerja pendatang asing.kalau angkut untuk 3D dan orang gaji ok lagi.ni sektor perkilangan ,peruncitan semua angkut.angkut acheh arab bangladesh yang jenis parasite nak kawen dengan melayu demi bisnes
Quote salimrock 14-4-2022 02:55 PM
jd sapa jajah sri lanka skrg? china? usa? india? pakistan? Russia?

LTTE kena angkat di ujud kan semula la ek?
Quote Mulotkoyak 14-4-2022 03:13 PM
Tahun ni kemasukkan warga asing meningkat okay. Get ready uols. Dh mcm negara asing nnt kita ni. Rkyt sendiri pun xde keje. Mmg la sesetengah tu memilih gak nak kje. Tp ade juga majikan bg gaji rendah yaaa amat. Apoooo... So hadap la majikan dan pekerja dgn lambakan ini jgn nk mengomel yeeee...
Quote Skuau 14-4-2022 03:17 PM
Edited by Skuau at 14-4-2022 03:19 PM
angelofish replied at 14-4-2022 02:53 PM
dan di malaysia.duk angkut pekerja pendatang asing.kalau angkut untuk 3D dan orang gaji ok lagi.ni s ...


udah lelaki Msia..merempit,mendadih,bewak...."bangla pon bangla la..bkn susah pon.. suh dia memanjang pkai mask SRK"-Akak Kepam
Quote allshares 14-4-2022 03:20 PM
Kesian sri langka ni. Port yg china bina pun dah tergadai dpt kt china sbb tak mampu byr. Imagine jela port kan tmpt buat duit, ni semua kapal yg masuk sri langka semua duit dpt kt china. Sedih
Quote cmf_premierleag 14-4-2022 03:32 PM
Sri lanka ni ms dah bengkrap hari tu,mmg INF dah kasi loan utk tolong setelkan hutang china
Tapi menteri kabinet sume sampah sarap, dah dpt billions dr IMF tu pi la cepat2 setel hutang dgn china sbb interest rates tinggi
Skali pemimpin depa pi guna duit tu utk buat bende lain....last2 hangus mcm tu je duit dr IMF
So lps tu bila negara dah x cukup rizab asing, maka x dpt la import essential items ie: petrol
Tu yg ummah sri lankan beratur panjang kat petrol pam smpi ada org tua mati ms beratur sbb penat sgt
Now hari2 rakyat depa turun berdemo suruh presiden/PM step down.
Quote cmf_premierleag 14-4-2022 03:33 PM
And to make it worst, inflasi kt sri lanka hit 19% in march which is the highest in asia.
So brg sume jd mahal la sbb dh negara ko inflasi.
Msia ni pun inflasi gak..tp less than 10% la
Quote cmf_premierleag 14-4-2022 03:35 PM
And now sri lanka minta tolong sama India (narendra modi) sbb situasi dh teruk sgt kt sana.
Tu la..sblm ni kemain sombongggg ngan India, tak ngaku sedara bagai..ujung2 cari gak leluhur utk minta tolong bantuan ekonomi
Apsal tak pi mintak kat puak2 pulau sentinel sana pulau tu pun dh dekat gak dgn negara korang kan
Quote pengecatbintang 14-4-2022 03:38 PM
allshares replied at 14-4-2022 03:20 PM
Kesian sri langka ni. Port yg china bina pun dah tergadai dpt kt china sbb tak mampu byr. Imagine je ...

Sri Lanka pinjam duit dr China.. kmdian x mampu bayar..

kalo negara lain mcm Mesia pinjam dari China dan x mampu bayar,

apa aset berharga Mesia yag akan China ambik?

Kak Mah, Bijan?

  



Quote Artemesiaa 14-4-2022 03:46 PM
Yang kat sini pun usah seronok sangat silap langkah tak hairan boleh jadi macam mereka
Quote darkness 14-4-2022 03:50 PM
Dah di warning 10-5 tahun lepas derang ni. Sb banyak  'terhutang budi' dengan china
Quote sharlenetexas 14-4-2022 03:52 PM
Bukan ke sri lankan ni feeling2 lagi upgrade dari indian?

Quote Tumpang-Sibok 14-4-2022 03:54 PM
sharlenetexas replied at 14-4-2022 03:52 PM
Bukan ke sri lankan ni feeling2 lagi upgrade dari indian?

Yeerrr.. Ceylonese kata nya.
Quote angelofish 14-4-2022 04:10 PM
balasan sebab bakar jenazah orang islam
Quote cmf_premierleag 14-4-2022 04:12 PM
sharlenetexas replied at 14-4-2022 03:52 PM
Bukan ke sri lankan ni feeling2 lagi upgrade dari indian?

Iya sis..depa fefeling lg hapgred dr indian.
Tp skang ni bila tgh susah, kepada leluhur yg sama juga mereka minta bantuan
Sib baik India sudi nk tolong time2 susah ni
Quote shernazz 14-4-2022 04:14 PM
cmf_premierleag replied at 14-4-2022 03:35 PM
And now sri lanka minta tolong sama India (narendra modi) sbb situasi dh teruk sgt kt sana.
Tu la..s ...


Kena panah sesaja je..
Nak drkat dah mati kena panah
Quote cmf_premierleag 14-4-2022 04:23 PM
shernazz replied at 14-4-2022 04:14 PM
Kena panah sesaja je..
Nak drkat dah mati kena panah

tau takpe
Belum turun bot pun dah kene sumpit dgn diorg
Quote hayrin86 14-4-2022 04:26 PM
rosedemon replied at 14-4-2022 02:08 PM
kesian. moga malaysia tak begitu

Amin.. Patutnya di zaman tanpa tunai ini Malaysia patut bangunkan mesin menjana duit tanpa modal dalam bentuk laman web..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.171237 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top