CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Tayang Muka, Kemaruk Buat Live TikTok Dalam Kelas- Mata Tengok Telefon Je Bukan Tengok Pelajar

14-4-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2591| Komen: 15

Tindakan segelintir guru yang aktif membuat rakaman video serta siaran langsung (live) ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mula mengundang rasa kurang senang netizen.


Terbaharu, seorang lagi guru wanita menerima kecaman gara-gara bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok ketika sedang mengajar murid-muridnya di dalam kelas di sebuah sekolah.

Tangkap layar live TikTok itu turut dikongsi ke laman Twitter sehingga menjadi topik perbincangan netizen pada Rabu.



"Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.

"Sekolah mana ni? Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tolong ambil tindakan dekat cikgu-cikgu yang buat TikTok, Facebook live semua ni.

"This is unacceptable. Your focus should be 100 percent in class," tulis pelayar Twitter yang dikenali sebagai @n_ahwal.

Posting itu sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau (Retweet) dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Dalam tangkap layar tular itu, seorang lagi guru wanita turut kelihatan dalam sesi live berkenaan.


Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang mereka, tak kurang juga yang mempersoalkan tindakan guru tersebut.

"Cikgu kalau ikhlas nak mengajar, masuklah aplikasi yang ada privasi seperti Google Meet atau Zoom supaya lebih memberi fokus. Buat live di TikTok atas alasan mengajar, satu alasan tak masuk akal. Di sana bukan murid saja, pekerja oil and gas pun ada.

"Ada ternampak For You Page (FYP) cikgu lain live. Matanya menghadap phone dan anak murid di belakang. Aneh. Bukan ke cikgu sepatutnya mengajar menghadap murid? Perlu ada interaksi dua hala?

"Aku baru nampak tadi live cikgu tudung purple tu duk mengajar lalu kat TikTok," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi akaun Twitter @DRJComms (Radzi Jidin Comms) turut meninggalkan komen berhubung kes tersebut.

"Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi.

"Ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat," tulis pengendali akaun Twitter itu.




Dalam komen sama, pengendali Twitter @DRJComms turut memuat naik dua tangkap layar mengenai Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam serta Peraturan dan Perundangan yang terkait dengan hal itu.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman TikTok mendapati guru wanita itu memiliki lebih 21,000 pengikut.

Antara yang dimuat naik termasuklah aksi lip sync dalam bilik darjah, namun kesemua video miliknya tidak memaparkan wajah murid-muridnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 14-4-2022 02:06 PM
Pdpr gak lg ke sekarang?
Quote rosedemon 14-4-2022 02:07 PM
menyampah aku cikgu2 gini. mmg ramai cikgu suka tayang muka ko ingt ko cantek ke. sume perasan
Quote arm_band 14-4-2022 02:25 PM
nampak gaya, macam cikgu kertu. takkan tak paham2 lagi kakitangan awam punya do's and don'ts
Quote jazaa100 14-4-2022 02:25 PM
Pekerja oil & gas pun kena petik.....
Quote renko 14-4-2022 02:28 PM
acah2 nk ootd ke
Quote musangbodoh 14-4-2022 02:42 PM
bagi aku ok jer....
dia buat sambil mengajar apa.....
bknnye menaip balas komen2...
ikhlas x ikhlas cemana ko boleh tau?

Quote nazzse 14-4-2022 03:04 PM
Payah bila orang tua pandai main socmed ni. Semua benda nak tunjuk & komen tunjuk pandai. Kena tegur melenting diri makan garam dulu.
Quote Mulotkoyak 14-4-2022 03:16 PM
Aku perasan yg gomen kaki tiktok ni dr golongan guru, doctor, jururawat. Badan lain tu ade tp jarang. Mohon kerajaan pantau utk sector ni. Yg kaki tiktok. Memanjang ade mase. Bile bg kje memanjang busy plak xcukop mase. Sakaiiiii..
Quote Artemesiaa 14-4-2022 03:41 PM
Gigih nak jadi budak ootd walau dah kertu
Quote Mary_jane 14-4-2022 03:41 PM
Padat sangat jadual cikgu tu menyelit buat live walau masa tengah mengajar? Kat tiktok plak tu. Kenapa tak GM je? Dengan filter sekati. Acik siapa ni?
Quote giyomi 14-4-2022 05:29 PM
tak lama lg muncul puak2 seamgkatan bekap perbuatan cikgu kertu ni,AKAK ada jer kengkwn pendidik, bila msg atau berkumpul asik cita sal keje dia org n levell diaorg jer, org lain dia org tak peduli. Akak nak tegaskan di sini, bukan semua tp cuma segelintir kecik termasuk kengkawan akak ni berperangai camne
Quote jfq 14-4-2022 06:10 PM
Ban aje la guru2 dari bawak hp masa mengajar. Simpan phone dlm bilik guru.
Mmg semak.
Mostly konon nak tunjuk lawa
Quote alieyrina 14-4-2022 09:00 PM
Ni cikgu tua ka cikgu bbnu .. kan dah mendapat
Mcm bbnu..asai angkat pungkoq ja stat dah igstory dia
Quote pavlovachoc 14-4-2022 09:13 PM
Menyampah tgk cikgu² ni wat live.. bile anak murid bawak handphone ko sibuk nk rampas² lak
Quote SecretLuv 16-4-2022 06:52 PM
Ni mesti sebab sambil mengajar boleh dapat duit dari gift2 yang orang bagi tu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056605 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top