CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kata Bayi Nampak Kelaparan- Umur Baru Lima Bulan Dah Makan Biskut, Kunyah Makanan Pejal

14-4-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1066| Komen: 6

London: Usianya baru lima bulan, namun bayi ketiga terbesar di Britain ini bukan hanya perlu memakai pakaian lebih besar berbanding usianya, malah dia sudah boleh mengunyah makanan pejal.


Alpha Stone Mitchell yang dilahirkan dengan berat 6.35 kilogram, secara pembedahan Oktober lalu, membesar pantas berbanding usia rakan sebayanya.

Ibunya Cherral Mitchell, 31, dari Oxfordshire berkata, perkembangan drastik tidak selari pembesaran bayi biasa, sebaliknya anak lelakinya itu seakan 'melangkau' terus ke peringkat usia tiga hingga enam bulan.


Foto: Agensi

Ibu yang memiliki anak lain berusia satu hingga lima tahun itu berkata, Alpha juga sudah mula makan bubur serta biskut bayi berbanding waktu yang ditetapkan enam bulan ke atas.


"Kami cuma mula perkenalkan bubur bayi kerana dia nampak macam kelaparan pada waktu pagi.

"Walaupun belum sampai enam bulan lagi, ia tidak menjejaskan sistem penghadaman," katanya memetik laporan portal Metro UK.

Katanya, disebabkan Alpha tinggi, dia perlu duduk di kerusi kereta hingga ramai tersilap menyangka dia kembar kakaknya yang berumur setahun, Twyla-Bay.

"Saya tidak pernah ada anak seberat dia ketika dilahirkan.

"Doktor percaya ini adalah disebabkan oleh diabetes yang saya hidapi ketika hamil," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-4-2022 02:06 PM
terpulanglah sis. anak memasing ken
Quote nurul_akmar 14-4-2022 02:13 PM
Baru 5 bulan dh makan.. kalau mcm tu xleh challenge org msia la.. ada sorg tu, baby lahir dh bg makan.. bila org kecam dia kata anak dia.. last2 remove video.. xtau la jd ape kat baby dia skang.. tgh makan chickenchop agaknya
Quote _blackbird 14-4-2022 02:49 PM
mak dia sendiri bagi makan ikut suka mak dia la. anak dia bukan anak org lain pon. at least dia dpt kan juga advice doktor
Quote angelofish 14-4-2022 02:57 PM
kesian budak ni.membesar dengan pantas.filem cerita mat saleh .manusia masa depan hidup umo 30 tahun je..umo 30 masing masing dah tua .
Quote Prickford 14-4-2022 04:18 PM
Jadi betul la kata pakar pediatric, bayi tak semestinya kena tunggul betul2 6 bulan untuk bagi makan. Bila tubuh bayi tu kalau baru 4-5 bulan tapi size macam 9-10 bulan, makna body bayi tu dah ready untuk makan.
Quote dua_chzy 14-4-2022 04:23 PM
Macam anak orang dulu2. Baby tak sampai sebulan dua dah pi suap nasik campo air demi kelansungan hidup.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040338 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top