CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Pakai Kostum Dan Warnakan Muka, Ustaz Jadi Badut Ajar Budak-Budak Mengaji Al-Quran

14-4-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1187| Komen: 11

Guru mengaji tak semestinya berpakaian serba putih, berjubah ataupun memakai kopiah.

Yahya Edward Hendrawan memilih penampilan yang unik ketika mengajar al-Quran yang mana dia akan tampil menggayakan kostum badut.


Pakaian barwarna-warni, solekan wajah dan hidung badut berbentuk bulat menjadi gaya rasmi lelaki itu setiap kali dia mengajar.


Foto: Kompas

Lelaki yang tinggal di Pinang, Kota Tangerang, Indonesia itu telah telah mengajar sejak tahun 2002.

Namun, idea untuk memakai kostum badut ketika mengajar hanya tercetus pada tahun 2010.


Mengabdikan diri sebagai guru mengaji, Yahya juga memasang impian untuk memberantas isu buta baca al-Quran.

"Aku ingin sedikit demi sedikit memberantas buta (baca) al-Quran," ujarnya.

Yahya memakai kostum badut ketika mengajar anak-anak di kediamannya, melalui program yang dinamakan Taman Baca.

Program Taman Baca diadakan bermula Isnin sehingga Khamis setiap minggu.

Selain kelas di kediamannya, Yahya juga menjadi guru mengaji di Panti Asuhan Darussalam. - CARI

Sumber: Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-4-2022 12:38 PM
Ndon memang kreatif bab2 begini.
Quote Cari-Saiful 14-4-2022 02:04 PM
Mana pak ostad dapat idea ni
Quote dudaberhias 14-4-2022 02:10 PM
idea dia menarik tapi iols ada phobia dengan clown... teruss tak ngaji terus dikkk takpun ulang2 je bahagian ayat kursi sambil berserah kepada ilahi gittew kalau ada dalam kelas dia..
Quote Artemesiaa 14-4-2022 04:43 PM
Bajunya tu usah beropol sangat dah macam IT pulak jadinya
Quote wolfheart 14-4-2022 05:00 PM
Anakku masa kecik2 dulu kalau guru mengaji mcm ni mahu dia menangis mcm nak putus nyawa. Takut betul dia kat badut.
Quote Parit.Hilton 14-4-2022 05:12 PM
hang ingat semua budak suka clown ka?
Quote buapakperut 14-4-2022 06:06 PM
Iols rasa bapak lagi herlok kalau tak mekap
Quote nolya 14-4-2022 11:34 PM
Setinggi manalah dia meletakkan martabat AQ shnga nak belajar mengaji pun dibuat secara melawak. Adakah dia menganggap blj mengaji tu sama dgn blj membaca buku2 biasa? Terlalu kreatif ttpi melangkaui adab membaca dn blj AQ.
Quote Nenasketum 14-4-2022 11:42 PM
Rakyat yindon bebas nak pegang apa pun, yang takut dengan badut terus jadik kistian kang.
Quote Skuau 14-4-2022 11:47 PM
ngapain ngak mau sepertinya wiro sableng...???
Quote imransulaiman 15-4-2022 06:52 AM
Aku risau dia sejenis yang suka bersolek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039715 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top