CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Kedai Roti Lubnan Tutup Sebab Kekurangan Tepung Gandum

14-4-2022 03:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 696| Komen: 0

Lebih banyak kedai roti di selatan Lubnan akan menggantung perniagaan di tengah-tengah masalah kekurangan tepung gandum, menurut ketua Sindiket Pemilik Kedai Roti di Lubnan Selatan.


"Sebilangan besar kedai roti menghentikan kerja hari ini dan lebih banyak lagi akan mengambil langkah sama esok kerana mereka tidak lagi mempunyai tepung dan sukar memenuhi bekalan roti bagi rakyat," kata Zakaria Al-Arabi Al-Qudsi seperti dilaporkan laman berita Elnashra, menurut Xinhua.


Gambar hiasan/Reuters

Menteri Kewangan Lubnan mengumumkan bulan lalu bahawa konflik Ukraine-Rusia menjejaskan akses negara itu kepada gandum.


Beliau sedang berusaha mendapatkan sumber lain bagi komoditi itu tetapi harus menantikan dana daripada bank pusat.

Lubnan sedang bergelut dengan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan kekurangan mata wang dolar Amerika yang menghalang keupayaan negara itu untuk mengimport keperluan makanan asasnya.

Krisis itu diburukkan lagi dengan konflik Ukraine-Rusia dengan Lubnan mengimport sebahagian besar gandumnya dari kedua-dua negara terbabit.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030132 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top