Kurang senang dengan isu tuduhan ke atas content creator yang dikatakan meniru video masakannya, KhairulAming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil membuat teguran pada Rabu petang.
Teguran itu dibuat selepas seorang pelayar Twitter menuduh seorang lagi content creator, Danish Harraz kononnya dia meniru konsep video masakan KhairulAming. Semakan mStar mendapati individu yang membuat ciapan negatif itu memadamkan kenyataan tersebut dan meletakkan akaun Twitter miliknya dalam mod privasi.
Ia susulan kecaman netizen ke atasnya selepas ciapan itu tular dan meraih perhatian sejak Rabu petang. Tambah KhairulAming, dia berasa bersalah kerana content creator lain terpaksa berhadapan komen negatif yang mengaitkannya. Jumaat lalu, seorang content creator yang dikenali sebagai Bangman turut meluahkan rasa kesal selepas dia dituduh meniru video masakan KhairulAming. Ia susulan beberapa ciapan di Twitter yang memperkatakan hal itu sejak Ramadan bermula pada 2 April lalu. Selain KhairulAming yang menghasilkan video masakan 30 hari 30 resipi sepanjang Ramadan ini, ramai content creator lain turut hadir dengan konsep seakan hampir sama. Sumber: mStar
|
Thunderclouds replied at 14-4-2022 05:50 AM
Xpernah tgk mana2 video masakan kt ig,yt. Tiktok jauh sekali. Masih setia ngn blog azie kitchen.#ke ...
otai_g replied at 14-4-2022 05:09 AM
Sapa la yg bnyk ms nak berdebat psl video masak ni. Nak tgk pun rasa mcm x ada masa
Thunderclouds replied at 14-4-2022 05:50 AM
Xpernah tgk mana2 video masakan kt ig,yt. Tiktok jauh sekali. Masih setia ngn blog azie kitchen.#ke ...
ADVERTISEMENT