CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cerai Bini Kerana Muat Naik Video Kemas Rumah, Cuci Pinggan

14-4-2022 03:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2966| Komen: 30

Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.


Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.


Gambar hiasan

Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.

Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.


Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.

Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.

Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 14-4-2022 03:07 AM
Elok dah laki hang pi tulong hang kemaih rumah basuh pinggan mangkuk pa bala hang pi rakam diq buat kija dengan lagu dia jadi hamba hang, memang mendapat ubat lah jawabnya pompuan
Quote ellejo 14-4-2022 03:49 AM
da macam trend skarang pempuan tunjuk yg laki takut bini.
Quote sharlenetexas 14-4-2022 03:54 AM
Semua benda nak buat content.

Quote kakikuDibibirmu 14-4-2022 06:02 AM
Laki takubin tersenyum sinis
Quote kepompong 14-4-2022 06:16 AM
aik . macam dj tuo tu jer. tak tahan dgn bini control terus dicerai talak tiga
Quote SayaSayangMama 14-4-2022 06:22 AM
pandir ye demi secebis likes
Quote anony-mous 14-4-2022 06:47 AM
Terus teringat ain eidruce baca berita ni
Quote tikusmontok 14-4-2022 07:24 AM
Selayaknyalah utk tine2 garit sekalian semua hal dalam kain nak tunjuk kat orang
Quote capiloton 14-4-2022 07:38 AM
Edited by capiloton at 14-4-2022 07:43 AM

in relationship, there is no such thing as equality.

dia ada 2 pilihan jer,
sama ada husben yg control family with responsibilty,
or inferior/beta male kena "queen control" dengan bini  
Quote elzy 14-4-2022 08:07 AM
Setiap gerak geri dirakam demi content.. Kat Malaysia pun apa kurangnya ramai batak content juga..
Quote mizzmimi 14-4-2022 08:09 AM
Bila Puyu Riz nak buat lagu "Beras Kita Beli"?

Bole la lopak jadik model video klip angkat beras & masak lauk
Quote zorrro_03 14-4-2022 08:14 AM
elzy replied at 14-4-2022 08:07 AM
Setiap gerak geri dirakam demi content.. Kat Malaysia pun apa kurangnya ramai batak content juga..

ye betul.  apa saja yang boleh content beruk2 ni akan rakam dan publish...  sampai sanggup main2kan hal2 agama juga...  beruk betul perangai...
Quote damsel_fiji 14-4-2022 08:27 AM
klu buat kat malaysia ni..ramaila betina2 kemaruk content kena cerai
Quote batu kikir 14-4-2022 09:17 AM
Pompuan bodoh tu dah kehilangan seorang suami yang baik yang jadi dambaan ramai wanita.
Quote chandrahusin 14-4-2022 10:28 AM
oo patut lah Abg ipar aku
boleh cuci baju
tapi kakak kena jemur
takut org pikir takut bini
rasanya lagu latar belakang tu yg trigger naww laki dia
Quote Virus_77 14-4-2022 12:26 PM
mizzmimi replied at 14-4-2022 08:09 AM
Bila Puyu Riz nak buat lagu "Beras Kita Beli"?

Bole la lopak jadik model video klip angkat beras &  ...

ko jangan karang bebetul dia buat + pakai spiderman suit tu.. jenuh nurtizen nak menahan dada dari cercaan di bulan mulia ni
Quote Virus_77 14-4-2022 12:28 PM
bagus la tu laki dah ringan tulang ko buat taik pulak. mendapat la
Quote bakingsoda 14-4-2022 01:05 PM
adan uke, laki dia tak suka maruah dicabar kot!
Quote lattehazelnut 14-4-2022 01:46 PM
Edited by lattehazelnut at 14-4-2022 01:48 PM

Kalau lagu ni omputih yg nyanyi lirik dia kira female empowerment gitu..
Xde nak jatuhkan hak suami or bdsm femdom..

Lirik lgu english

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039802 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top