CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba Separuh Bogel Keliling Kuala Terengganu

14-4-2022 03:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2275| Komen: 15

Foto memaparkan dua individu dipercayai pelancong asing menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusar bandar Kuala Terengganu tular di media sosial.


Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.


Kedit foto: mStar

Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu.


Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang.

Katanya, bahagian Jawatankuasa Dakwah dan Pelaksanaan Syariah akan menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada ia pertama kali atau pernah berlaku sebelum ini.

"Kita kesal dengan apa yang berlalu kerana ia telah mencemar imej negeri Terengganu. Kerajaan tidak akan membiarkan ia berleluasa.

"Kita akan kenal pasti latar belakang individu itu sama ada mereka merupakan pelancong yang pernah sampai atau belum pernah ke Terengganu.

"Jika pelaku merupakan pelancong asing dan tidak tahu peraturan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan garis panduan agar mereka ini mendapat maklumat yang jelas apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, garis panduan mengenai sensitiviti masyarakat negeri ini telah lama dikuatkuasakan termasuk terhadap pelancong asing yang mengunjungi kawasan peranginan di Terengganu.

"Pelancong asing di pulau-pulau dinasihati mematuhi garis panduan sedia ada iaitu tidak boleh memakai pakaian tidak sopan atau berbikini di tempat terbuka atau di lokasi awam.

"Saya rasa perkara ini sudah dijelaskan secara menyeluruh dan sudah lama dipraktikkan dan diketahui umum. Sebagai pelancong mereka sepatutnya sensitif terhadap perkara ini," katanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 14-4-2022 05:04 AM
Da namanye kafir
Korg jugak yg rindu nak tgk omputih n duit diorg
Quote Tinot7 14-4-2022 05:14 AM
Pelancong asing warganegara mana ni?
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2022 06:00 AM
Idris Al-Jusohi, Islam Hadhari tersenyum sinis
Quote tikusmontok 14-4-2022 07:26 AM
Kepok lekor tersenyum sinis
Quote ultra78 14-4-2022 07:28 AM
Mabuk puding buih.
Quote zorrro_03 14-4-2022 08:12 AM
angkut naik draw bridge then humban dua ekor ni ke sungai.  biar mereka berenang2 ke tepian.  dah masuk tempat orang pandai2 nak buat onar...  laknat punya pelancong.....
Quote tripleid 14-4-2022 08:33 AM
abisla KT dilanda tsunami pasni
Quote Simunggu 14-4-2022 08:36 AM
mereka ingat malaysia mcm thailand barangkali
Quote prettyuglybabe 14-4-2022 09:53 AM
dia ingat boleh sama macam kat langkawi kot..
kat langkawi kan biasa dorang meronda satu pulau gitu..
Quote FOTHER-MUCKER 14-4-2022 11:13 AM
Lain kali pergi Thailand.
Quote misssuka 14-4-2022 11:47 AM
dah macam kat phuket!
Quote kasibiman 14-4-2022 01:34 PM
bakpe gambor pixelated?

dop sohih weh telanjang ke dop.


Quote bottompadu 14-4-2022 01:42 PM
so kene tangkap masuk lokap ke x?
Quote makton 14-4-2022 03:34 PM
feeling2 kat krabi/phuket lettewwww
Quote Artemesiaa 14-4-2022 04:39 PM
Geng terlepas kadang ler tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.155805 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top