CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas ‘Pencuri’ RON95, Penguat Kuasa KPDNHEP Berpakaian Preman Memerhati!

13-4-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 839| Komen: 6

Seramai 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digerakkan menerusi Ops Samar dengan mereka berpakaian preman bagi menguat kuasa larangan kenderaan asing mengisi minyak Petrol RON95.


Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha itu bagi melaksanakan pemeriksaan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara terhadap mana-mana individu dan pengusaha stesen minyak yang cuba melanggar perundangan berkaitan.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.



“Tindakan ini adalah bukti KPDNHEP mengambil serius laporan orang ramai dan media tentang kenderaan asing mengisi minyak petrol RON95 khususnya di stesen minyak sempadan negara.

“Dalam mesyuarat antara KPDNHEP dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia baru-baru ini, pihak persatuan telah menyatakan sokongan dan komitmen untuk memastikan semua stesen minyak di Malaysia mematuhi perundangan berkaitan larangan penjualan RON95 di seluruh stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexander berkata, pihaknya memberi amaran keras kepada semua pihak termasuk pengusaha stesen minyak bahawa KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Katanya, tindakan tegas akan di ambil termasuk mendakwa mereka di Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-4-2022 05:30 PM
Awas libas bak kata dozah.

Quote Skuau 13-4-2022 07:25 PM
berapa lama hang boleh duduk kat stesen minyak tu???
Quote saviour_09 14-4-2022 08:15 AM


we'll see berapa ramai singapork korang cekup
Quote toynme 14-4-2022 08:49 AM
hangat2 taik ayam je...buat la law lain...tahik
Quote sarahmirza 14-4-2022 08:54 AM
kan senang kalau ko tetapkan kat pam minyak mana singapork boleh isi minyak...
Ini merata sana sini berapa lama ko nak menyamar?
Quote mizruncing 14-4-2022 08:56 AM
yelaa dh byk kes dah viral baru nk function kan korang ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035407 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top