CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mama Saya Rayu Mohon Bantu Yasin - Syed Saddiq

13-4-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1238| Komen: 3

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lantang memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan membuat satu pertemuan dengan keluarga penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman hari ini.


Mempertahankan Yasin atau nama sebenarnya, Mohamad Yasin Sulaiman, yang berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja, Saddiq berkata, tragedi berlaku terhadap penyanyi itu merupakan tangisan meminta bantuan bukan hanya untuk dirinya, tetapi orang lain yang memerlukan kanabis sebagai alternatif perubatan.


Kredit foto: IG Saddiq

Ujar mantan Menteri Belia dan Sukan itu lagi, beliau acapkali bertemu dengan ibu bapa yang terpaksa membeli phytocannabinoid CBD (cannabidiol) atau minyak CBD dari luar negara demi merawat anak-anak mereka.


Tegas Saddiq lagi, undang-undang pengharaman perubatan kanabis sudah lapuk dan memberi dalam coretan status sama, beliau memberi analogi bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sudah mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik.

Dalam hantaran status yang dimuat naik, tertera juga status Facebook yang dicoret Yasin pada tarikh 14 Oktober 2021 memuji usaha ahli politik berkenaan memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.



Pada 25 Mac lalu Kosmo! Online melaporkan polis menahan penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.




Ekoran itu, pada 31 Mac, penyanyi itu yang didedahkan identiti sebagai Yasin kemudian dilaporkan bakal berdepan hukuman mati akibat perbuatannya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 13-4-2022 05:48 PM
rileks ler
benji buat makmal dadah boleh terlepas

kamu tanam bape pokok je, lepas je nnti

yg penting kene cari peguam yg pndai putar alam.
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2022 08:02 PM
Yasin Senario tersenyum sinis dengan Yasin Mimpi Laila

FOqt9MrVUAEPAr8.jpg
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2022 08:02 PM
Jangan ya Laila, jangan terpedaya, apa yang kau lihat semuanya dusta

[youtube]Z5zzNMSTmH4[/youtube]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030435 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top