CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlumba Tak Pakai Topi Keledar, Lalu Jalan Gelap- 3 Pelajar Sekolah Maut Merempit Masa Orang Tengah Tarawih

13-4-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3021| Komen: 42

JELI – Tiga pelajar sekolah maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel antara satu sama lain semasa berlumba haram sewaktu umat Islam sedang bersolat tarawih di Jalan Kampung Sungai Satan – Jalan Malaysia di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, maut di lokasi kejadian manakala dua rakannya, Muhamad Firdaus Mohd. Azli, 15 dan Ahmad Tahfiz Irfan Ahmad Nasri, 14, menghembuskan nafas semasa dirawat di Hospital Jeli di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata, seorang lagi mangsa, Muhammad Aidil Darwisy Mohammad Azhary, 15, pula mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, keempat-empat remaja itu masing-masing menunggang motosikal jenis SYM Bonus, Honda EX5, Modenas Kriss dan Demak Evo Z dipercayai sedang berlumba di kawasan jalan kampung dengan tidak memakai topi keledar.



Foto: Kosmo

“Mereka dipercayai berlumba bermula dari arah Kampung Satan menuju ke Jalan Malaysia dengan melalui laluan gelap tanpa lampu jalan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal ditunggang salah seorang mangsa dipercayai bergesel sesama sendiri sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shuhaimi, insiden itu menyebabkan salah seorang maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dihantar ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, bagaimanapun, dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital itu manakala seorang lagi masih parah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-4-2022 03:34 PM
Apa gila.

Dah ajal korang nak. Takziah la.
Quote Kurex 13-4-2022 03:35 PM
Tak bersimpati
Quote annehuda 13-4-2022 03:36 PM
nama kampung pun SATAN korg expect ape hahaha
Quote Normiang-Baru 13-4-2022 03:38 PM
Apa yg perlu diperkatakan.. ? Next,
Quote lattehazelnut 13-4-2022 03:43 PM
Mana x awek kelantan kahwin dgn bangla..
kalau x mati sbb merempit, maybe sbb dadah or hiv..
Quote mizruncing 13-4-2022 03:43 PM
hurmmm sendiri mengkuburkan diri
Quote tweetytweety 13-4-2022 03:48 PM
dulu2 time bulan puasa nak dekat raya.. berlumba2 main mercun.. meriam buluh sampai cacat anggota. meninggal pun ada.

la ni era endemik Covid.  berlumba2 nak motor tak berhelmet.

bebudak umor camni bila lah nak sedar...
Quote prettyuglybabe 13-4-2022 03:56 PM
budak-budak.. apa la yang dorang tau
Quote cmf_premierleag 13-4-2022 03:57 PM
Kelantan kan? So??
Quote Thunderclouds 13-4-2022 04:02 PM
Sbb tu selagi xberlesen,jgn la dbiasakn budak2 ni bwk moto ke hulur ke hilir. Alasan,senang dh besar. Mcm2 dh leh buat sendri & boleh harap. Hujung2 gini je la kesudahannya. Salam takziah.
Quote chandrahusin 13-4-2022 04:09 PM
mujur bergesel sesama sndr
klu ada yg langgar
tak psl2 kena kongsi mslh
Quote Artemesiaa 13-4-2022 04:09 PM
Kerja sia-sia
Quote imransulaiman 13-4-2022 04:14 PM
Dulu....kat kampung arwah ayah saya pun ada eksiden maut budak sekolah lumba motor one by one takde helmet. Dua-dua maut. Seorang pecah kepala. Seorang lagi tu putus kaki dari pangkal paha terbelah kelengkang!

Ngeri dan nyeri kalau ingat balik!
Quote domestobot 13-4-2022 04:17 PM
bila lagi nak adventure camni kalau bukan zaman muda ranggi. nanti tua2 tobat le. eh tak sempat nak tua pun
Quote krustykrab 13-4-2022 04:25 PM
Anak syurga oiiiii...sapa tak nak tiket express
Quote Decaffeinated 13-4-2022 04:25 PM
apa kaitan budak2 rempit ni accident dgn orang yang tengah tarawih?

Quote ezacbee 13-4-2022 04:44 PM
Muda belia ni xde pikir mati pun otak pikir kita enjoyyyy...

Tiap2 tahun keluar berita camni pun bukan ada kesedaran. Kena diri sendiri baru tau tupun dah terlambat. Tau2 ke dalam.
Quote julia5094 13-4-2022 04:53 PM
Allahu....kenapa la dik dok merempit mcm tu. 15 taun tak sepatutnya dibiar naik motor malam2.
Quote nw111 13-4-2022 06:01 PM
julia5094 replied at 13-4-2022 04:53 PM
Allahu....kenapa la dik dok merempit mcm tu. 15 taun tak sepatutnya dibiar naik motor malam2.

Agaknya bgtau parents nk pi solat terawih...tapi melencong gi racing

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061686 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top