Sungguh mengerikan, doktor sebuah hospital di Perancis, terpaksa menggunakan forsep untuk mengeluarkan secara fizikal puluhan larva lalat dari mata seorang lelaki.
Memetik laporan portal Metro UK pesakit berusia 53 tahun itu dimasukkan ke hospital mengadu mata kanan gatal yang berterusan selama beberapa jam. Kes lelaki itu dilaporkan dalam Jurnal Perubatan New England. Menurut laporan itu, lelaki berkenaan memberitahu doktor dia berkebun berhampiran ladang kuda dan biri-biri pada sebelah pagi hari berkenaan, apabila dia merasakan sesuatu memasuki matanya.
Pemeriksaan lanjut menunjukkan, puluhan larva bergerak dan kelihatan lut sinar menggeliat di kornea matanya. Mereka juga menemui dalam konjunktivanya, selaput yang melapisi kelopak mata dan bahagian putih mata. Doktor mengenal pasti makhluk itu sebagai larva Oestrus Ovis juga dikenali sebagai lalat bot biri-biri. Lalat ini boleh menyebabkan serangan parasit di seluruh dunia dan ramalan terbaik ialah salah satu daripada lalat berkenaan terbang ke mata lelaki itu dan menyimpan larvanya di situ. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT