CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Desak, RTM Dah Kehabisan Bajet'

13-4-2022 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2667| Komen: 36

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta penerbit televisyen (TV) bersabar dan tidak mendesak Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mengadakan sesi saringan perolehan (pitching) mengikut kehendak mereka.


Annuar berkata, RTM sudah kehabisan bajet untuk tahun ini. Justeru, perlu menantikan bajet yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum sesi saringan perolehan baru dapat diadakan.

Katanya, beliau sedar banyak syarikat produksi bergantung kepada penjualan kandungan di RTM sebagai sumber pendapatan, namun harus memahami kekangan bajet dihadapi stesen milik kerajaan itu.


Kredit foto: IG Annuar


"Kita faham, golongan penerbit bergantung kepada kandungan yang hendak dijual kepada RTM agar dapat terus bertahan.

"Namun, seolah-olah tiada kerja dan hilang sumber pendapatan apabila tidak berjaya pada sesi pitching ini.

"Kena faham, RTM bekerja bersandarkan kepada tanggungjawab dan kaedah yang ada dalam kerajaan.

"Kami juga bergantung kepada peruntukan MOF, jadi janganlah nak arahkan bila sesi pitching perlu diadakan," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis Iftar Rumah Prihatin, kelmarin.

Annuar berkata, isu kekangan bajet timbul berikutan beliau meluluskan lebih 200 judul pada sesi pitching pada Oktober tahun lalu menggunakan peruntukan 2022.

Katanya, syarikat produksi yang berjaya pada sesi saringan adalah syarikat yang tersadai hampir dua tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Lazimnya, sesi pitching diadakan dua kali setahun, tetapi disebabkan PKP, beratus-ratus tajuk yang sudah menjalani sesi pitching tersadai sejak dua tahun lalu.

"Saya ambil keputusan menganugerahkan lebih 200 judul yang tersadai menggunakan bajet tahun ini apabila berpindah ke KKMM.

"Jadi, segala peruntukan yang ada tahun ini sudah habis terpakai. Bagaimanapun, kami akan cuba mencari jalan penyelesaian agar dapat membantu golongan penerbit.

"Namun, tidak berani berjanji bila sesi pitching seterusnya dapat dilaksanakan kerana semuanya bergantung kepada bajet," kata Annuar.

Annuar berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengadakan sesi pitching antara Mei dan Jun atau sebelum akhir tahun, namun ia tetap bergantung kepada bajet.

Katanya, pihaknya juga perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan kerana bimbang menyukarkan golongan penerbit sekiranya proses pembayaran lewat dilakukan.

"Kami akan cuba buat seberapa cepat, tetapi perlu mengikut pada bajet. Kalau adakah sesi pitching cepat, tetapi bajet tiada dan terlambat membuat pembayaran, ia akan menyusahkan golongan produser.

"Ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan modal sendiri terlebih dahulu. Mungkin cuba dapatkan bajet yang tidak dipakai untuk disalurkan ke sini. Apapun, kami perlu meneliti dahulu keputusan sebaik-baiknya," katanya.

Beliau berkata, ada penerbit minta kementerian tidak mengadakan sesi pitching kerana terdapat lambakan judul disebabkan ada syarikat belum berjaya pada sesi pitching terdahulu.

"Kami bimbang jika adanya unsur lambakan judul yang tertangguh lama. Ini kerana kandungan akan menjadi ketinggalan, sekali gus tidak relevan untuk dihidangkan kepada penonton.

"Kalau boleh kami ingin membantu semua penerbit, tetapi pada masa sama, kami juga harus menjaga kualiti dan nama RTM," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 13-4-2022 02:20 PM
Kwn aku dulu pernah keje dgn satu production house ni...and drama2 and hasil produksi syrkt tu selalu gak tayang kt RTM tv1 & tv2
Dia ckp mmg rtm bayar mahal
As compared to media prima dan astro
Cuma kalo penerbit nak kejor rating, diorg choose tv3 la
Quote fealefea 13-4-2022 04:15 PM
and ko tak reti nk generet duit utk kementerian ko yg boleh jual ni?
Quote annehuda 13-4-2022 04:18 PM
fealefea replied at 13-4-2022 04:15 PM
and ko tak reti nk generet duit utk kementerian ko yg boleh jual ni?

kawan aku cakap semua jabatan kerajaan mmg kene cut budget pun bkn stakat rtm jah. utk kepastian leh tny poremer yg keje gomen kt sini
Quote jalfa 13-4-2022 04:20 PM
Penerbit plak knp nak paksa paksa plak...pi jual drama korang kat atrok
Quote fealefea 13-4-2022 04:21 PM
annehuda replied at 13-4-2022 04:18 PM
kawan aku cakap semua jabatan kerajaan mmg kene cut budget pun bkn stakat rtm jah. utk kepastian l ...

Tapi kementerian die boleh buat duit sbb penerbitan kan.
Quote Tumpang-Sibok 13-4-2022 04:22 PM
Privatise kan saja. Aku dah berkurun x layan RTM.
Quote tripleid 13-4-2022 04:24 PM
Salah satu kementerian yg plg x guna sbb hanya menghabihkan duit taxpayers dan x reti nak generate income sendiri..program rtm mana ada iklan komersial..sbb tu tiap kali time iklan,iklan menjilat kerajaan je yg byk
Quote hayrin86 13-4-2022 04:30 PM
Tgk RTM pun hanya untuk iklan-iklan Hari Merdeka, Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan lagu-lagu patriotik kalau ada..
Quote hayrin86 13-4-2022 04:30 PM
tripleid replied at 13-4-2022 04:24 PM
Salah satu kementerian yg plg x guna sbb hanya menghabihkan duit taxpayers dan x reti nak generate i ...

RTM dulu-dulu steady aje ada iklan komersial..

Quote Bedah.Cun 13-4-2022 04:33 PM
Privatize jer lar, semak
Quote tripleid 13-4-2022 04:37 PM
hayrin86 replied at 13-4-2022 04:30 PM
RTM dulu-dulu steady aje ada iklan komersial..

Yup..masa zaman 80an 90an..now penuh dgn iklan menjilat pm jah
Quote lattehazelnut 13-4-2022 04:42 PM
Jual la kat netflix iflix xpun upload kat youtube bubuh iklan byk2..
Quote tintin22 13-4-2022 04:48 PM
rtm boleh layan lagi.
tapi x de mase
Quote ezacbee 13-4-2022 04:50 PM
hayrin86 replied at 13-4-2022 04:30 PM
RTM dulu-dulu steady aje ada iklan komersial..

Paling ingat iklan dunhill.. gaya mutu keunggulan.. liga semi-pro
Quote mejaputih 13-4-2022 04:52 PM
hayrin86 replied at 13-4-2022 04:30 PM
RTM dulu-dulu steady aje ada iklan komersial..

dunhill road to wembley tersenyum sinis...

Quote mziskandar 13-4-2022 05:01 PM
aku layan arkib2 rtm kat utube.
kartun2 rtm yg alihsuara dulu2 best. antaranya,
macross/robotech
mu no hakugei
captain future
ultraman pasukan mat (monster attack team)
Quote hayrin86 13-4-2022 05:28 PM
mejaputih replied at 13-4-2022 04:52 PM
dunhill road to wembley tersenyum sinis...

Iklan Peter Stuyvesant Badminton 1993 jangan lupa sekali..

Quote sharlenetexas 13-4-2022 05:29 PM
ezacbee replied at 13-4-2022 04:50 PM
Paling ingat iklan dunhill.. gaya mutu keunggulan.. liga semi-pro

Iols suka tgk dunhill double.

Quote mejaputih 13-4-2022 06:08 PM
hayrin86 replied at 13-4-2022 05:28 PM
Iklan Peter Stuyvesant Badminton 1993 jangan lupa sekali..

Gila byk iklan rokok dulu2 haha ...tambah pendapatan rtm..sape menteri masa tu ek? Pakmat ke apa gelaran?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099207 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top