CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lelaki Dayus!"- Isteri Risau Suami Hilang, Tiba-Tiba Dj Wong Muncul Buat Fb Live Lafaz Cerai Talak Tiga

13-4-2022 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13238| Komen: 148

SUNGAI PETANI: Selepas dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu, lelaki yang dikenali sebagai DJ Wong, mencipta kejutan apabila muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook tengah malam tadi, sebelum mengakhiri siaran itu lafaz cerai talak tiga terhadap isterinya.


Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, yang berbaju Melayu biru muda, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Beliau menyatakan yang keadaan dirinya masih sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar dia berada.



DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis, mendedahkan punca dia keluar daripada rumah adalah atas kerelaan hatinya kerana mempunyai masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan syiling RM2.70 serta sebuah telefon bimbit, namun masih mampu bertahan dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat sepanjang tempoh sejak tujuh hari lalu.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memgumumkan kepada pengikutnya yang beliau tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.


Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB, menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.



DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu di mahkamah. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 13-4-2022 01:26 PM
apa la salah isteri dia sampai 3 terus dia bagi eh
Quote Artemesiaa 13-4-2022 01:29 PM
Dah agak mesti ada masaalah peribadi bukan hilang jatuh gaung ke hapa
Quote Dwdrum 13-4-2022 01:30 PM
Mahu ber cerai perlu lari dari rumah..... Talak jantan yang pegang kan..... Thread sebelah perempuan juga kena keji....
Quote cap_ayam 13-4-2022 01:31 PM
Warga emas takleh main fb lama2
Quote ulamalu 13-4-2022 01:32 PM
Uuish, ni dah another level ni   Bini kau susah payah cari kau. kau senang2 bagi talak tiga terus kat fb
Quote dua_chzy 13-4-2022 01:34 PM
Eh. Ingatkan pegi mati bunuh diri.
Quote annehuda 13-4-2022 01:38 PM
Dwdrum replied at 13-4-2022 01:30 PM
Mahu ber cerai perlu lari dari rumah..... Talak jantan yang pegang kan..... Thread sebelah perempuan ...

sepatutnye mcm ni la. kalau laki bini bercerai patutnye biarlah laki tu keluar rumah, biar anak bini ada tempat berteduh. bukannye lepas jatuh talak terus halau anak bini mcm buang anak kucing. cuma dalam kes ni cam pelik gak bini kata laki peluk cium die siap puji cantik ujung2 kene talak 3 live
Quote lattehazelnut 13-4-2022 01:40 PM
Edited by lattehazelnut at 13-4-2022 01:43 PM

Da agak da mesti ade gf / bini lain..
Lari gi siam kot nikah..

Ko da tua or sakit esok, anak xnak jenguk, padan muka, u deserve it..
Quote renko 13-4-2022 01:43 PM
gile ke ape
Quote prettyuglybabe 13-4-2022 01:53 PM
kan dah cakap..
ayat cliche sangat tak ada masalah bla bla bla..
ujung-ujung keluar terus
Quote Herlina 13-4-2022 02:02 PM
Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah


Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Duit hanya ada RM2.70 je tu
Quote SedihPedih 13-4-2022 02:04 PM
so heols ada wife lain ka?

Quote allshares 13-4-2022 02:05 PM
Terlampau dicontrol isteri kah?
Quote R2D2 13-4-2022 02:05 PM
bekas bini dia pun dah buat FB Live balas rasanya
Quote chandrahusin 13-4-2022 02:06 PM
duit je RM2.70
tapi ada henfon boleh dh setel semua
lagi2 klu dh mmg siap2 plan
elok berbaju melayu
kat rumah sapa la tu
Quote ninja boy 13-4-2022 02:10 PM
dah tua2 patut duduk rumah layan anak cucu, x payah fikir sgt duniawi kerja bini muda
Quote KamikuP 13-4-2022 02:11 PM
Sapa depa ni cuolss nama berDJ DJ bagai.. apo tua2 main FB ikut emosi camni ler..
Quote Dwdrum 13-4-2022 02:16 PM
annehuda replied at 12-4-2022 09:38 PM
sepatutnye mcm ni la. kalau laki bini bercerai patutnye biarlah laki tu keluar rumah, biar anak bi ...

Jika rumah itu rumah ex husband.... Bini perlu keluar or ada hak untuk stay?... I tidak tahu syaria law di malaysia bagaimana...
Quote any42 13-4-2022 02:20 PM
aduhai kenapa pula jd mcm ni. apsal xlafaz msa kt rumah je. smua bnda nk dprtontonkn.

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top