CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Sebelum Berbuka- Mak Sibuk Di Dapur, Anak 4 Tahun Maut Dihempap Tiang Batu

13-4-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2460| Komen: 25

Alor Gajah: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap tiang batu botol di Kampung Bukit Nangka, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44, di beranda rumah keluarga.

Aznynaqiah berkata, sebelum kejadian Irdina bermain seorang diri di kawasan beranda itu dan dia ketika itu sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.


Foto: Harian Metro

"Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.


"Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka sebelum terdengar bunyi kuat seperti runtuhan.

"Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol," katanya.

Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya namun tidak menyangka keadaan itu meragut nyawa anak bongsu daripada lima beradik itu.

Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.

"Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia," katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan proses bedah siasat sedang dijalankan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 13-4-2022 11:36 AM
Takziah. Comel budak ni.
Quote mizruncing 13-4-2022 11:41 AM
Allahu sedihnyaaaa
Quote nurul_akmar 13-4-2022 11:49 AM
Allahu Akbar. sedehnya..
Quote Decaffeinated 13-4-2022 11:50 AM
Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya


bercadang sahaja not good enough kak

btw macam tak nampak rangka besi dalam konkrit 'beam' tu

Konkrit cuma tahan tekanan, rangka besi tu yang holds the concrete together kalau tak memang bersepai lah
Quote Nuyak 13-4-2022 12:01 PM
kesiannya..huhu
Quote whimsicalmusic 13-4-2022 12:26 PM
Sedihnya..tp bnda nk jd kn
Quote clarizsa 13-4-2022 12:49 PM
Cuai cuai cuai
Sayangnya baby girl
Quote awekjepun 13-4-2022 01:00 PM
Decaffeinated replied at 13-4-2022 11:50 AM
bercadang sahaja not good enough kak

btw macam tak nampak rangka besi dalam konkrit 'beam' tu

Bercadang tu.. dh terlintas di hati.. bahaya tp ambil sambil lewa. Kalau ada terlintas di hati tu, cepat2 la buat. Ni dah jadi mcm ni mesti menyesal
Quote ninnamina 13-4-2022 01:04 PM
takziah..
sedihnya
Quote Artemesiaa 13-4-2022 01:23 PM
Ada ramai kanak2 dirumah elok cepat baiki apa yang rosak.  Asyik tertangguh boleh mengundang bahaya.  Apa pun takziah buat mereka.
Quote lattehazelnut 13-4-2022 01:29 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Anak syurga
Quote cap_ayam 13-4-2022 01:33 PM
Alahai comey nya anak.. mungkin baju raya dia dah disediakan salam takziah buat keluarga..
Quote ifanonline 13-4-2022 01:44 PM
saya nasihatkan kpd ibubapa, kalau ada benda2 yg rosak di rumah, sila repair segera dan jgn biar sesuatu terbuka yg boleh mencederakan anak2 atau org sekeliling...lebih baik disimpan dlm stor atau temmpat tersembunyi sebelum proses repair di buat
Quote fifie_olin 13-4-2022 01:48 PM
suram di hari raya
Quote Denco 13-4-2022 01:50 PM
salam takziah...comelnya arwah...tah mcm mana rasa terkilan mak dia x betulkan pagar tu
Quote talapia 13-4-2022 01:54 PM
Decaffeinated replied at 13-4-2022 11:50 AM
bercadang sahaja not good enough kak

btw macam tak nampak rangka besi dalam konkrit 'beam' tu

jenis rumah kampung.. bina sendiri.. or tukang2 kampung.. asal boleh je buat tiang..

di santaknya concrete dari pangkal ke atas.. dah dipanggil tiang. Tiang untuk support.. x cukup dengan concrete semata.. takziah buat keluarga arwah. Moa ini jadi iktibar buat kita semua.. usah bertangguh jika melibatkan keselamatan.


Quote prettyuglybabe 13-4-2022 01:55 PM
hasil kerja kontraktor mana la tu..
Quote Suchi 13-4-2022 02:01 PM
Takziah, sedihnya umur2 gini tgh byk mulut dan byk akal.

Semoga kita semua amik pelajaran atas kejadian tragis nih.
Quote DayangKirana 13-4-2022 02:50 PM
sadis kematiannya.. trauma mak..
peringatan utk diri sendiri..soal keselamatan jangan ditangguh2kan..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047787 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top