Johor Bahru: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.
Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan. Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara. Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, hari ini. Abu Bakar dalam keputusannya berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan mahkamah tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri. Mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ezacbee replied at 13-4-2022 11:58 AM
Mak bapak sepatutnya kena denda skali. Baru betul. Eh tapi sekarang ni cam senyap je aktiviti basika ...
sharlenetexas replied at 13-4-2022 12:00 PM
Mak2 bapak2 tak kena caj cuai ke?
sharlenetexas replied at 13-4-2022 12:00 PM
Mak2 bapak2 tak kena caj cuai ke?
awekjepun replied at 13-4-2022 12:57 PM
Aku simpati kat amoi ni.. aku harap dia boleh buat rayuan. Dia pun xsangka atas jalan ada budak2 ber ...
Decaffeinated replied at 13-4-2022 12:05 PM
being at the wrong place, at the wrong time
it could have happened to any of us. moral of the story ...
ADVERTISEMENT