CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejak Umur 14 Tahun Diratah, Dah Lebih 50 Kali Dirogol Bapa Tiri

13-4-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1069| Komen: 1

Lebih 50 kali diperkosa ayah tiri dalam tempoh lima tahun.

Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas meminta bantuan abang kandungnya baru-baru ini.


Menurut Ketua Polis Kapuas Hulu France Yohanes Siregar, susulan laporan yang dibuat, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai JN di Kampung Boyan Tanjung Kapuas Hulu Kalimantan Barat.


Gambar Hiasan

"JN sudah ditangkap dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut," katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, didapati pelaku memperkosa anak tirinya sejak 2017 ketika umur mangsa 14 tahun sehingga kini.


Malah katanya, dalam tempoh lima tahun, kebanyakan kejadian berlaku di rumah mereka.

"Disebabkan tidak tahan dengan perlakuan bapa tirinya itu, mangsa mengadu kepada abang kandungnya yang kemudian membawanya untuk membuat laporan polis.

"Pelaku akan disiasat di bawah Fasal 81 Ayat 3 Undang-Undang Perlindungan Anak yang membolehkannya dipenjara sehingga 15 tahun dan denda Rp5 juta," jelasnya. - CARI

Sumber: mStar/Komas.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 13-4-2022 01:07 PM
agak pelik kalau cuma 50 kali selama 5 tahun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.031064 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top