CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu PM Kena Perli Lagi- Mask 'Hauk' Tak Ada Sirim Lagi Kuat, Siap Boleh Angkat Kelapa Dan Mesin Pemotong Rumput!

13-4-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1174| Komen: 2

"Yang tiada cop MS Sirim lagi kuat daripada yang ada."

Demikian komen netizen menerusi satu perkongsian video di laman sosial yang menonjolkan 'kekuatan' tali pelitup muka yang dijual pada harga lebih murah di pasaran.


Ia sekali gus memaparkan pelitup muka yang berharga murah dan disifatkan sebagai 'hauk' lebih berkualiti berbanding produk berjenama.




Walaupun videonya beraksi kaku, namun disaksikan lebih 1.2 juta tontonan selain turut dikongsi di beberapa platform lain.

Video berdurasi 17 saat itu cuba menunjukkan sejauh mana kualiti dan kekuatan tali pelitup muka yang dibeli pada harga RM6 sekotak.


Pemilik akaun berkenaan menggunakan pelitup muka itu bagi mengangkat beberapa barang berat seperti kelapa, malah mesin pemotong rumput!



Malah kapsyen 'cintaku padamu sekuat mask RM6 per kotak dari Shopee' yang ditulis bersama video itu turut menarik perhatian.

Aksinya itu dikaitkan dengan isu panas membabitkan usahawan yang juga pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berhubung kenyataannya mengenai pelitup muka 'hauk' ketika isu cop MS Sirim sebagai perakuan pelitup muka hangat diperkatakan.


Walaupun menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu telah tampil memberi penjelasan tentang maksud sebenar 'hauk' yang digunakannya sebelum ini bagi merujuk kepada produk tiruan keluarannya, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerimanya.

Pelitup muka jenama Jovian yang digunakan Siti Nurhaliza semasa siaran langsung terputus.

Menerusi ruangan komen, video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok @HadreyAli dikaitkan dengan pelitup muka keluaran pereka fesyen itu sebagaimana yang tular.

Kebanyakan mereka memetik nama Jovian selain turut mengaitkan perkataan hauk, Sirim dan Siti Nurhaliza.


Foto: via mStar

Antara kata-kata lain yang diucapkan adalah 'Jovian menangis tengok ni (video @HadreyAli)'.

"Beli mana bang? ada cop Sirim ke tu?

"Ni baru betul mask tak hauk.

"Yang ada Sirim pun tak mampu sekuat cinta ni.

"Patut Datuk Seri Siti Nurhaliza cuba pelitup muka ni dulu," komen beberapa netizen.

Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi popular itu meraih lebih 104,400 tanda suka selain dikongsi lebih 10,800 individu.

Ia juga turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain termasuk Twitter, Youtube dan Facebook. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-4-2022 04:38 PM
kihkih sapa yg beli baju dia ni pon aku xpham. taste pon hauk ke, baju buruk
Quote namr 13-4-2022 04:53 PM
Hoi, mask cap sirim dia boleh ubati penyakit merbahaya kanser, aids semua boleh sembuh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032628 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top