SEPANG: Kehidupan 16 rakyat Malaysia yang dipaksa bekerja sebagai 'scammer' di Kemboja dikawal anggota sindiket yang bersenjata api serta tidak disediakan tempat tinggal dan makanan.
Peguam yang mewakili semua mangsa, Heng Zhi Li, berkata kumpulan berkenaan berlepas ke Kemboja sejak September tahun lalu secara berperingkat dan dibiayai sindiket dipercayai dari China yang menyediakan tiket penerbangan. Mangsa berusia antara 19 hingga 45 tahun serta berasal dari Selangor, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. "Mangsa memaklumkan mereka takut untuk melarikan diri kerana ada dalam kalangan mereka dipukul, ditampar dan didera dengan kejutan elektrik," katanya kepada media di klia2 hari ini.
Beliau yang berlepas ke Kemboja pada Sabtu lalu turut mengiringi kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, Tan Jie Sen. Zhi Li berkata, mangsa dijanjikan gaji lumayan RM7,000 namun tidak pernah menerima gaji. Sebaliknya hanya diberikan kad tunai untuk membeli makanan dan barangan di bangunan berkenaan dengan dikawal anggota sindiket. Semua mangsa mendapat permit kerja daripada Kerajaan Kemboja yang dipercayai dipalsukan sindiket berkenaan. "Keluarga seorang daripada mangsa sebelum ini sudah membayar wang tebusan RM18,000 bagi membebaskan mangsa. "Bagaimanapun, mangsa tidak juga dibebaskan sehinggalah dia dapat pulang bersama-sama rakan yang lain hari ini," katanya. Usaha membawa pulang kumpulan berkenaan bermula selepas pihaknya membuat siasatan selama tiga bulan sejak Januari lalu susulan aduan kakak seorang mangsa yang mendapat maklumat mengenai keadaan mereka di Kemboja daripada adiknya. Pihaknya bekerjasama dengan semua ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan butiran lengkap dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi mengesan koordinat bangunan berserta gambar bangunan didiami mangsa. Semua butiran lengkap itu diserahkan kepada MAPO dua minggu lalu dan hasilnya mereka dikesan dan diselamatkan pihak berkuasa Kemboja pada 4 April lalu. Sementara itu, usaha untuk menemubual mangsa gagal berikutan mereka keletihan dan perlu memberi keterangan sebaik tiba di klia2 sebelum pulang bersama-sama ahli keluarga dan rakan yang menyambut mereka. MCA memaklumkan pihaknya tidak membenarkan mangsa ditemui bual dan akan mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat. -CARI Sumber: Berita Harian
|
salimrock replied at 13-4-2022 10:43 AM
bbrapa tahun dulu ada sorang ni ckp, kalo nak kerja bank, kerja lah di kemboja, undang2 dia agak ke ...
Radzor replied at 13-4-2022 04:35 PM
Sehat2 je...kate didera dan x bagi makan.
Ade kolig sorg g posting sana. Kawen org sana. Bila balik ...
ADVERTISEMENT