CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahun 2030, Umat Islam Akan Berpuasa Ramadan Dua Kali Setahun

13-4-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1344| Komen: 13

Riyadh: Umat Islam dijangka menyambut bulan suci Ramadan dua kali setahun pada 2030.

Perkara itu diramalkan ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi video disiarkan di akaun Twitter rasminya.


Portal Alarabiya News melaporkan, Khaled berkata, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan bumi mengelilingi matahari.


Gambar Hiasan, Foto: Google

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.


"Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965. Ia berlaku lagi pada 2063.

"Pada tahun Hijrah 1451 Hijrah, Ramadan bermula pada 5 Januari 2030 dan pada 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030," katanya.

Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030.

"Bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

"Tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari.

"Ini bermakna Ramadan jatuh dalam musim berbeza setiap tahun dan berjalan dalam kitaran 32 tahun," katanya.

Beliau turut meramalkan, Ramadan 1449 Hijrah yang bermula pada 2028 akan berlangsung pada pertengahan musim sejuk.

"Pada 1466 Hijrah, bersamaan dengan 2044, bulan suci bermula semasa kemuncak musim panas.

"Puasa Ramadan diperhatikan dari matahari terbit hingga terbenam bermakna tempoh paling lama berpuasa berlaku apabila Ramadan pada musim panas dan paling pendek apabila ia jatuh pada musim sejuk," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 13-4-2022 10:22 AM
Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965.


dah pernah merasa.....kalau dipanjangkan umur 2030 nanti...dapat le jumpa lagi
Quote dua_chzy 13-4-2022 10:24 AM
Oh ada ya tahun 1997. Akak dah tak ingat.
Quote dua_chzy 13-4-2022 10:25 AM
ctaz replied at 13-4-2022 02:22 AM
dah pernah merasa.....kalau dipanjangkan umur 2030 nanti...dapat le jumpa lagi

Mudah2an umur panjang. Kot2 masa tu dah boleh nampak kereta terbang di Malaysia.

(Atau tengok2 jalanraya di pedalaman Borneo masih sedeh seperti tahun 1987, 1997, 2007 dan 2022. )
Quote mizruncing 13-4-2022 11:42 AM
in sya Allah semoga panjang umur masa tu
Quote exclusive_vvip 13-4-2022 12:15 PM
yg kita sambut raya 2 kali tu bila ek? Tahun 1999 ke 2000?
Quote selipar_hijau 13-4-2022 12:27 PM
Pernah merasa zaman budak2 dulu. Reyau² kitorg taknak pose 2x
Quote tripleid 13-4-2022 12:35 PM
tak heran pun sbb tahun 2000 lalu ummah dpt beraya 2x setahun..
Quote card_reader 13-4-2022 01:04 PM
kalo panjang umor boleh la merasa....
Quote maslo 13-4-2022 01:42 PM
Insya Allah semoga panjang umur masa tu - dapek kak meraso.
Quote edayildiz 13-4-2022 08:20 PM
time tu berapa umo korg eh
Quote ChildrenOfBodom 13-4-2022 08:22 PM
Lagi 8 tahun je pon
Quote hayrin86 14-4-2022 08:50 AM
Jangan lupa, tahun 2030 juga merupakan ulang tahun ke-100 Piala Dunia dan Sukan Komanwel..
Quote batu kikir 14-4-2022 09:10 AM
Kenapa kalendar Hijrah Islam tak pernah yg tepat untuk menentukan sesuatu peristiwa.  Contoh : Bulan Ramadhan (bulan yg panas dan kering). Tapi sebab kalendar Islam 10 hari lebih pendek dari kalendar Gregorian.......jadi Ramadhan bolih jatuh pada musim sejuk atau apa2 musim tak semestinya musim panas dan kering.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035180 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top