CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lidah Budak 6 Tahun Tersangkut Dalam Botol Minuman, Susah Payah Doktor Dan Bomba Nak Keluarkan

13-4-2022 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 283| Komen: 0

Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik mencemaskan apabila lidahnya tersangkut pada corong botol minuman, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Ranau untuk mengeluarkan corong botol minuman tersebut, sebelum kakitangan hospital menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata kejadian berlaku apabila kanak-kanak berusia enam tahun itu sedang meminum air dari botol minuman, namun tidak jelas bagaimana lidahnya tersangkut.


Foto: The Star

"Kami menerima panggilan daripada hospital mengenai perkara itu kira-kira jam 2.49 petang, dan anggota dikejarkan ke hospital untuk membantu," katanya ketika dihubungi pada Selasa (12 April).


Ridwan berkata anggota bomba pada mulanya ingin memotong botol minuman tersebut, tetapi prosedut tersebut agak berisiko.

"Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas," kata Ridwan.

Beliau berkata prosedur itu berjaya dilakukan kurang daripada sejam dan kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.027327 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top