CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Ponteng Puasa Boleh Drive Thru Je Di Kedai, Sanggup Beli Walau Nasi Harga Yahudi

12-4-2022 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1299| Komen: 9

SUNGAI PETANI: Taktik licik sebuah premis menyediakan makanan dan minuman secara perkhidmatan pandu lalu kepada individu beragama Islam tidak berpuasa terbongkar selepas diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK) di Taman Gurun Jaya, Gurun.


Premis terbabit yang popular dalam kalangan ‘kaki ponteng puasa’ itu  diserbu pada Ops Plastik Hitam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada pukul 11 pagi.

Penolong Pengarah Pencegahan Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK Sheikh Mohd. Nazif Zakaria berkata, premis itu dikesan membungkus makanan dan minuman sebelum diserahkan kepada pembeli yang menunggu di dalam kereta.


Foto: Utusan


“Semua makanan siap dibungkus oleh pemilik premis ini dan pembeli biasanya berkereta dan motosikal sebelum berlalu membawa makanan.

“Walaupun harganya agak mahal sehingga RM10 untuk sebungkus nasi dan minuman, namun pembeli masih ramai mengunjungi premis ini berdasarkan bungkusan makanan yang telah disiapkan untuk dijual kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi  Ops Plastik Hitam di Gurun di sini hari ini.

Turut serta dalam operasi itu ialah Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Hakimin Hassan.

Pada operasi itu, sebanyak enam premis menjual makanan di daerah ini diperiksa dan tiga daripadanya didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Enakmen Jenayah Syariah 2014 iaitu tidak menghormati bulan puasa.

Menurutnya, peniaga yang ditahan itu diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda pada 20 April ini untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi itu juga MPSPK telah mengeluarkan tiga notis saman terhadap tiga pemilik premis mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan (AKT) 1976 (Akta 171) kerana gagal mematuhi arahan kebenaran berniaga di bulan Ramadan selepas pukul 3 petang. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 12-4-2022 06:25 PM
Barkoba tesenyum simpul... yak yak yay
Quote Samerosie 12-4-2022 07:43 PM
Masak sendiri makan kat rumah tak leh ke?
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2022 08:02 PM
Geng plastik hitam tersenyum sinis
Quote Kurex 12-4-2022 08:05 PM
Dah tua kedut atas bawah pun tak reti nak puasa ke
Quote Mary_jane 13-4-2022 07:00 AM
Dah lah tak puasa, tak cerdik plak tu. Dah tahu tempat tu popular, carilah port lain.
Quote boyagombak 13-4-2022 01:09 PM
NI Geng Barkoba YAK YAK YEY YAK YAK YEY Geng Plestik Hitam yang mula mengganas kembali setelah setahun menyepikan diri.
Quote _blackbird 13-4-2022 01:13 PM
tak bijak. org skang guna food delivery service. apa brg plastik hitam lagi
Quote boyagombak 13-4-2022 01:25 PM
Samerosie replied at 12-4-2022 07:43 PM
Masak sendiri makan kat rumah tak leh ke?

Kalau masak sendiri dan makan dkt rumah, x jadi masaalah, mana ada JAWI,JAIS sengaja nk skodeng rumah sendiri. Itu dosa kau dengan Allah, sendiri jawablah dkt alam akhirat. Tapi bila kau dengan sengaja seolah2 mengajak orang Islam tidak berpuasa, lebih2 lagi dihadapan pablik, maka itu dikira satu maksiat, satu kemungkaran yg terang2 nk lawan kuasa Allah lebih2 lagi dinegara majoriti Islam. Lebih2lagi kalau generasi, anak2 muda, kanak-kanak kecil didedahkan melihat umat Islam dewasa terang2 tidak berpuasa makan minum hadapan khalayak maka, lama kelamaan akan mempengaruhi minda & fikiran mereka, akan lahir generasi yg berani melanggar perintah allah tanpa segan silu dan kalau ut islam lain x melaksanaan amar makruf nahi wal mungkar ditakuti bala bencana akan menimpa semua orang, tak buat pun akan kena juga.
Quote Artemesiaa 13-4-2022 01:40 PM
Geng Puasa 16 mana nak serik selagi ada demand pasti ada supply

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036000 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top