CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PTPTN Gesa Peminjam Tunai Tanggungjawab, Jangan Terlepas Diskaun Bayaran Balik

8-4-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1254| Komen: 3

Mereka yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa merebut peluang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang akan berakhir pada 30 April ini.


PTPTN berkata, dari 1 Nov 2021 hingga 28 Feb tahun ini, 367,433 peminjam telah menikmati insentif bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyakk RM112.4 juta.


Kredit foto: The Star

Menerusi pembentangan Bajet 2022 pada 29 Okt tahun lepas, kerajaan bersetuju memberi peminjam PTPTN diskaun 15% ke atas bayaran balik pinjaman mereka jika mereka menjelaskan baki hutang sepenuhnya.

Selain itu, diskaun 12% diberikan untuk pembayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam satu pembayaran, dan diskaun 10% untuk pembayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.


“PTPTN berharap semua peminjam menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar balik pinjaman mereka supaya PTPTN dapat meneruskan pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembayaran balik boleh dibuat secara dalam talian melalui perbankan Internet, JomPAY, MyPAY, Shopee, portal rasmi PTPTN (FPX) dan saluran terkini – aplikasi mudah alih myPTPTN.

Untuk pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran seperti talian jagaan PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 10-4-2022 08:21 AM
I cadangkan korang buat potongan gaji so dapat 10%. Lepas setahun dua korang pergi bayar separuh so dapat 12%. Dan akhirnya bayar semua dapat 15%.
Quote Dovahkiin 10-4-2022 10:05 AM
diskaun 10% untuk pembayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.


Macam mana nak tau dapat 10% tu? Mmg sejak dapat keje dulu, buat potongan gaji terus.
Quote glump 10-4-2022 11:58 AM
Bulan lepas, ada budak nie culas membayar PTPTN..sekali nk ambik loan umah,nama Tak cun,kena restructure loan PTPTN tapi apa boleh buat nama tu buat budak dpat loan rumah tu dengan Kadar interest yg agak tinggi kerana rekod Tak cantik.sayang tul,bayarlah ptptn tu sikit2.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056533 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top