CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Pelajar Duduk Dalam Bonet Kereta Untuk Dapat Talian Internet

8-4-2022 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2235| Komen: 18

Agak tidak munasabah namun seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdepan kesukaran untuk mengikuti Pembelajaran Jarak Jauh (ODL) selepas menara telekomunikasi di daerah Telupid, Sabah rosak kerana terbakar.


Kalau ikutkan kata Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa, rangkaian 5G akan memudahkan pengguna internet termasuk di kawasan pendalaman atau luar bandar.

Mungkin berbeza capaian pencawang 5G untuk sampai ke negeri bawah bayu. Namun apa pun, pihak Menteri dan kementerian berkenaan serta agensi mungkin melakukan sesuatu untuk sejumlah 30,000 penduduk di sebuah daerah di Sabah.

Terpaksa rakam dan tularkan masalah yang dihadapi oleh pelajar, Anis Arina Aqilah Roslee, 23, yang kini berada di semester enam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial.

Foto: SM


Beliau berkata, sejak kejadian kebakaran itu berlaku, beliau terpaksa memandu keluar dari kampungnya bagi mencari dan mendapatkan talian telekomunikasi dan internet.

Malah katanya, beliau pernah memandu sejauh 130 kilometer (km) bagi mendapatkan rangkaian internet kerana perlu mengikuti kelas dalam talian.

“Kami perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dari satu kampung ke kampung yang lain untuk cari ‘line’ internet.

“Saya pernah memandu sejauh 130 km ke pekan Sandakan untuk mencari talian atau ‘line’ kerana kebetulan keluarga saya ada temu janji di hospital dan saya pula perlu siapkan semua kerja di tempat yang ada talian.

“Jadi, sekarang setiap hari saya memandu 10 hingga 15 km dari Jalan Tawai hingga Entilibon untuk mencari talian internet,” katanya.

Semalam, video dimuat naik Anis tular di media sosial selepas berkongsi caranya mengikuti kuliah secara ODL. Anak sulung daripada tiga beradik itu dilihat duduk dalam bonet kereta bagi mendapatkan rangkaian terbaik.

Menerusi perkongsian Anis itu, turut dilihat pensyarahnya bertanyakan khabar dan menasihatinya supaya tidak patah semangat walaupun berdepan dengan halangan dalam menuntut ilmu.

Mengulas perkara itu, Anis berkata, beliau terharu kerana pensyarahya amat memahami situasi yang dihadapi serta memintanya mengutamakan keselamatan diri.

“Pensyarah cakap kalau tak dapat masuk kelas jangan paksa, utamakan nyawa dulu dan mereka bantu dari segi nota sebab mereka tahu saya tidak boleh akses laman web,” katanya.

Menurut Anis lagi, penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak berwajib. Bagaimanapun mereka difahamkan bahan mentah untuk menara pencawang itu perlu dibawa dari Semenanjung.

“Tetapi pihak SKMM dan telco yang lain ada ambil inisiatif menghantar van sejak semalam di mana van itu memancarkan satelit untuk membuat rangkaian talian di Pekan Telupid namun belum dapat dipastikan telco yang mana kerana belum ada talian,” katanya.

Anis turut berharap akan ada penambahbaikan dari segi jaringan telekomunikasi di kawasan tersebut selepas ini.

“Saya harap video yang saya kongsikan itu memberi manfaat kepada daerah saya. Mana tahu ada penambahbaikan dari segi internet yang akan memanfaatkan lebih kurang 30,000 penduduk di sini,” katanya. –CARI

Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-4-2022 03:58 PM
Itu boot lah bukan bonnet.
Quote @pip98 8-4-2022 04:08 PM
semoga cepat la buat menara tu kesian cudak2 nak belajar
Quote missyL 9-4-2022 04:31 AM
Ni semua x penting kate kerajaan kite yg penting mask kene ade sirim
Tu lg penting demi kesejahteraan negara
Quote zach2008 9-4-2022 05:36 AM
Sebelum ni takde masalah la sebenarnya.. cuma lepas terbakar je. Pemahaman aku la
Quote Zack8hunter 9-4-2022 06:51 AM
bukan ke students uni semua dah ada kt campus skrg ni?
Quote Decaffeinated 9-4-2022 08:08 AM
Bonnet macam ni lah!



Unsplash
Car Bonnet Pictures | Download Free Images on Unsplash

Quote dua_chzy 9-4-2022 08:24 AM
Zack8hunter replied at 8-4-2022 10:51 PM
bukan ke students uni semua dah ada kt campus skrg ni?

Tak. Adik aku lek2 je kat rumah. Sebab meka diberi kebebasan nak pilih blaja di kampus atau di rumah.
Quote dua_chzy 9-4-2022 08:24 AM
Telupid?

Selayaknya.
Quote wirazam 9-4-2022 08:47 AM
Sabah nih apsal X maju2 ye..nak kata xde sumber hasil mahsul..Ada...tempat menarik pun byk...rakyat pun ramai juga..
Ke nak kena tukar pimpinan PH baru kerajaan buka mata utk bangunkan Sabah..or Sabah mmg takde pemimpin yg berkaliber
Quote adelea 9-4-2022 09:36 AM
Itu boot kete , org mesia selalu tertukar
Btw bukan ke student dah balik ipta
Quote Skuau 9-4-2022 05:13 PM
dua_chzy replied at 9-4-2022 08:24 AM
Telupid?

Selayaknya.

Cikgu...'Ayam Telupid' tu...'mende'???
Quote Minami2013 9-4-2022 05:18 PM
Pernah ter tgk tiktok adik ni. Terpaksa dok dlm boot sbb nyamuk kalo dok kat seat. Asalnya konfius juga kenapa sanggup dok dlm tu.

Sedih betul kat Malaysia masih ada isu mcm ni. Hopefully cepat2 lah kerajaan persekutuan naik taraf kemudahan di sabah sarawak.
Quote Punat_button 9-4-2022 08:47 PM
bawah bonnet tu port ular sawa dek, kadang2 kucing pun ada

hati2 menghidup enjin ya

Quote dua_chzy 9-4-2022 08:55 PM
Skuau replied at 9-4-2022 09:13 AM
Cikgu...'Ayam Telupid' tu...'mende'???

Cei. Purak2 tarak tau.
Quote lattehazelnut 9-4-2022 09:09 PM
Knp xstay kampus je
Quote honeybee1802 9-4-2022 09:46 PM
Jgn diharap rangkaian 5G...bila 5G hp pun kena make sure 5G....bg rangkaian 4G ni meluas dulu menteri pun....
Cuba la time raya balik kg...terhincut2 la speed 4g tu...
Quote H0rr0rfan 9-4-2022 09:47 PM
Semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu
Quote Xim 9-4-2022 10:37 PM
Rasanya dia tgh buat fyp psl jurang telekomunikasi....sbb tu dia pun tak balik kampus....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034489 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top