CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tomboy Perdagang Manusia Untuk Jadi Peminta Sedekah

8-4-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1734| Komen: 12

SEREMBAN – Seorang wanita berperwatakan seperti lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang individu bagi maksud eksploitasi untuk meminta sedekah di tempat awam, tahun lalu.


Tertuduh, Nurul Hidayah Md. Nor, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu teksi didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksplotasi yang menyalahi undang-undang iaitu Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).


Foto: Harian Metro


Tertuduh telah menyuruh lelaki tersebut meminta sedekah di tempat awam sedangkan beliau mampu mempunyai mata pencarian yang lain.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Seremban dan Senawang antara bulan Mei 2021 hingga 7 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa serta perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan kes akan disebut semula 24 Mei depan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 8-4-2022 03:53 PM
Serius lah?! Lelaki tu bengap ke apa? Umur dah 27 tahun kot?
Quote dani-rox 8-4-2022 04:00 PM
pengkid2 tanah air memang bentuk badan sepesen jah kan? montel2 belaka
Quote Mulotkoyak 8-4-2022 04:38 PM
dani-rox: pengkid2 tanah air memang bent ...
hudoooh bebenor kan
Quote cmf_premierleag 8-4-2022 05:25 PM
kemain lg ya pengkid acah2 abang long kawasan ni
bila nk tercirit, tandas pompuan gak ko tuju.
kalo ko bebetul jantan, pi la cirit kat tepi semak sana
Quote renko 8-4-2022 05:46 PM
geng pendera bella ke ni
rupa pun akan2
Quote ezacbee 8-4-2022 05:49 PM
Cian lelaki tu. Mesti dia lurus.
Quote ChildrenOfBodom 8-4-2022 05:51 PM
Banyak gorilla
Quote krustykrab 8-4-2022 06:10 PM
Lelaki umo 27? Lembam kot
Quote Decaffeinated 8-4-2022 06:17 PM
Tomboy boleh lah hukum sebat kan?

Quote hyie 8-4-2022 06:41 PM
kan sister, asal pengkid je mesti gundu
Quote n3ar 9-4-2022 07:37 AM
Pengkid mmg banyak yg gomok2...
Tapi awek dia selalu lawa2... Jilaker kt pudu dulu aku tgh tgu bas.. Nampak awek sorang pakai tudung putih lawa... Sekali dtg sorang pengkid gomok duk rapat2 sembang gaya cam org kapel
Quote dua_chzy 9-4-2022 07:48 AM
dani-rox replied at 8-4-2022 08:00 AM
pengkid2 tanah air memang bentuk badan sepesen jah kan? montel2 belaka


Pengkid Melayu ramai hudoh. Kat Borneo ni muka ada yang boleh tahan juga la. Dan tak gemuk macam Siti Bainun.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035000 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top