CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mikroplastik ‘Bersarang’ Dalam Paru-Paru Manusia

8-4-2022 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1300| Komen: 6

Sekumpulan saintis melakukan penyelidikan dan menemukan mikroplastik di dalam paru-paru manusia hidup buat pertama kali dalam sejarah.


Lapor The Guardian, pencemaran mikroplastik ditemukan ‘bersarang’ di dalam paru-paru manusia sebagai zarah sangat kecil pada hampir semua sampel manusia yang dikaji.


Kredit foto: Daily Mail

Menurut pasukan saintis itu, pencemaran mikroplastik kini merebak ke seluruh dunia, malah ramai dipercayai terdedah kepada masalah tersebut.

Ini sekaligus menunjukkan terdapat kebimbangan semakin meningkat mengenai bahaya kepada kesihatan manusia dan makhluk hidup lain.


Penemuan mikroplastik dalam paru-paru manusia didapati menerusi sampel diambil daripada tisu 13 pesakit yang menjalani pembedahan.

Keputusan menunjukkan mikroplastik ditemukan dalam sampel 11 pesakit.

Zarah plastik ditemukan dalam sampel termasuk yang paling biasa polipropilena (bahan asas untuk pembungkusan plastik dan paip) dan mikroplastik jenis PET (digunakan dalam botol minuman plastik).

Sebelum ini, saintis turut menemukan mikroplastik pada kadar tinggi dalam tisu paru-paru yang diambil semasa melakukan bedah siasat.

Berdasarkan hipotesis saintis, mikroplastik mendap dalam badan manusia melalui udara disedut serta melalui makanan dan minuman.  

Pada Mac lalu, satu kajian mendapati mikroplastik dikesan dalam darah manusia buat pertama kali.

Ia turut menunjukkan zarah plastik itu boleh bergerak di seluruh badan dan mungkin bersarang di dalam organ.


Kredit foto: The Guardian

Kesan terhadap kesihatan masih belum diketahui namun para saintis bimbang zarah plastik itu akan menyebabkan kerosakan pada sel manusia. 

“Kami tidak menyangka akan menemui zarah plastik di bahagian bawah paru-paru seperti zarah sebesar yang ditemukan.

“Agak mengejutkan kerana saluran pernafasan lebih kecil di bahagian bawah paru-paru dan kami menyangka zarah sebesar ini akan terperangkap sebelum mencapai tahap sedalam ini.

“Data ini memberi maklumat penting dalam bidang pencemaran udara, mikroplastik dan kesihatan manusia,” kata pengarang kanan kajian dari Sekolah Perubatan Hull York di United Kingdom (UK), Laura Sadofsky. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 8-4-2022 01:51 PM
Nak buat cemane.. mask kita duk pakai setiap hari ni pun dibuat dari plastics... walau berupa seperti kain, tp its actually synthetic fibre yang dibuat dari plastics
Quote FOTHER-MUCKER 8-4-2022 02:07 PM
Ok lah manusia plastik hidup lebih lama, sama seperti bunga plastik!
Quote sharlenetexas 8-4-2022 02:16 PM
Reporter cari lambat

Quote ninja boy 8-4-2022 03:20 PM
Minum panas gelegak boleh cair plastic itu
Quote FOTHER-MUCKER 8-4-2022 04:20 PM
ninja boy replied at 7-4-2022 11:20 PM
Minum panas gelegak boleh cair plastic itu

Ataupun masuk steam room ataupun sauna
Quote Tinot7 8-4-2022 10:08 PM
I'm a Barbie girl, in a Barbie woooorld.. Life in plastic, it's fantastic!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051725 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top