CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taikun Rusia Nafi Rayu Pinjam Wang Rakan

8-4-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 626| Komen: 0

Taikun Rusia, Roman Abramovich menafikan khabar angin beliau merayu untuk meminjam wang berjumlah berjuta-juta dolar daripada rakan-rakan di Hollywood dan Wall Street untuk membiayai empayar perniagaannya, lapor akhbar Metro News UK kelmarin.


Seorang jurucakap Abramovich membuat kenyataan itu susulan satu laporan di Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea itu meminta pinjaman sebanyak AS$1 juta (RM4.2 juta) daripada syarikat rakannya.


Kredit foto: AP

Jurucakap itu berkata, tiada bukti laporan itu benar.

Seorang wakil Abramovich pula berkata, bilionair itu tidak pernah bercakap atau meminta dana daripada individu yang disebut dalam laporan itu.


“Kami telah menghubungi sumber asal media tabloid Page Six kerana mereka tidak menghubungi kami untuk sebarang pengesahan sebelum artikel itu diterbitkan,” tegas jurucakap tersebut.

Antara individu yang didakwa didekati oleh Abramovich ialah pengarah Hollywood yang terkenal dengan trilogi Rush Hour, Brett Ratner dan keluarga Rothschild.

Menurut sumber Page Six, Abramovich meminta beberapa kawan rapatnya yang berprofil tinggi untuk memberi pinjaman kepadanya sebanyak AS$1 juta.

“Beliau berkata pinjaman tersebut adalah untuk membayar gaji kakitangannya yang berjumlah AS$750,000 (RM3.1 juta) seminggu dan beliau tidak mempunyai aliran tunai selepas asetnya dibekukan.

“Bagaimanapun, rakan-rakannya menolak permintaan Abramovich kerana tidak berani berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya perkara itu dihidu pihak berkuasa,” ujar sumber itu.

Di Britain, bilionair itu dan keluarganya telah mengumpulkan kutipan hartanah bernilai lebih AS$326 juta (RM1.3 bilion) bersama Chelsea yang kini bakal dijual.

Menurut majalah Forbes, nilai bersih harta Abramovich sekarang dianggarkan sekitar AS$13.9 bilion (RM58.6 bilion).


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.173373 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top