Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia, Dr Zulfikar Ahmad berkata, antara punca utama berlakunya kes penderaan di pusat asuhan, tadika serta taska adalah sebab tekanan persekitaran dan peribadi tenaga pengajar.
“Kita perlu faham kanak-kanak dalam proses tumbesaran menunjukkan pelbagai reaksi yang pelbagai. “Punca berlakunya kes penderaan adalah kerana tenaga pengajar tidak mampu menahan emosi dan menguruskan tekanan dengan baik. Mungkin mereka ada masalah peribadi dan apabila pergi ke tempat kerja ditambah dengan persekitaran bising, kanak-kanak meragam jadi mereka tidak dapat menyerap tekanan yang dihadapi,” katanya.
Menurut beliau, pengusaha atau pengendali pusat asuhan perlu sentiasa memantau keadaan psikologi tenaga pengajar sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kes penderaan terhadap kanak-kanak. Sementara itu, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berpendapat, guru tadika atau taska perlu menjalani ujian psikologi secara berkala bagi menentukan tahap kesihatan mental dan emosi mereka berada dalam keadaan siap siaga serta terbaik. “Dalam konteks pendidikan psikologi, hukuman dan ganjaran merupakan satu elemen yang perlu diterapkan kepada kakitangan sesebuah institusi. “Sebagai contoh, sekiranya ada kesalahan yang dilakukan staf mereka perlu dihukum dengan cara profesional dan perlu ada ganjaran seperti menganjurkan hari keluarga. “Keadaan ini dapat menyerap tekanan kerja dan masalah peribadi mereka,” katanya. Sumber: Kosmo
|
belilies replied at 8-4-2022 01:39 PM
Kalo guru under kpm mmg ada mental evaluation pun. Yg taska etc tu tatau lah, lebih2 lagi yg private ...
white_musk replied at 8-4-2022 02:53 PM
Bukan asal lepas spm saja, asal dapat bayar murah sebenarnya
ADVERTISEMENT