CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baca Mantera Pelik, Kain Berdarah- Amah Kantoi Guna Sihir Nak Tundukkan Majikan

8-4-2022 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 751| Komen: 2

Dubai: Seorang wanita juga pembantu rumah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihadapkan ke Mahkamah Dubai kerana didakwa menggunakan sihir bagi menundukkan majikannya.


Gulf News melaporkan, wanita itu disyaki melakukannya dengan niat mendapat layanan lebih baik daripada majikannya.

Pendakwa Raya, Fahad Abdulkareem dari Pendakwaan Bur Dubai dalam hujahnya memaklumkan mangsa mengesyaki tertuduh mengamalkan ilmu hitam kerana dia berasa letih dari segi mental dan fizikal serta menyedari beberapa kelakuan aneh pekerjanya itu.


Gambar Hiasan

"Mangsa memerhati gerak geri tertuduh ketika menjadi pembantu rumahnya untuk beberapa ketika dan pernah terdengar wanita itu menyebut perkataan dalam bahasa pelik ketika berada di dalam tandas.


"Bagi mendapat kepastian, mangsa memeriksa telefon bimbit tertuduh dan menemui gambar berkaitan sihir dan ilmu hitam selain mesej perbualan dengan seseorang di negara asalnya, memintanya mencipta mantera," katanya.

Selain itu, mangsa mendapati tertuduh menerima kiriman patung dihantar oleh seseorang .

"Mangsa terjumpa gambar anak patung dengan perkataan pelik.

"Apabila disoal, tertuduh menafikannya namun sehelai kain dengan kesan darah turut ditemui dalam simpanan wanita itu," katanya.

Tertuduh kemudian ditahan dan mengaku menggunakan sihir ke atas majikannya ketika disoal siasat.

Wanita itu memaklumkan menghubungi seorang saudara di negara asalnya untuk mendapatkan khidmat seorang lelaki arif dalam hal agama.

"Saudaranya meminta tertuduh membayar 200 dirham (kira-kira RM230) untuk mendapatkan mantera bagi mendapat layanan yang baik daripada majikannya.

"Dia juga menghantar gambar anak patung kepadanya di WhatsApp, mendakwa ia akan memberi kesan yang baik terhadap tingkah laku majikannya terhadapnya," katanya.

Mengenai kain berlumuran darah yang ditemui di dalam biliknya, tertuduh memberitahu ia adalah sebahagian daripada mantera untuk melindungi perkahwinannya.

"Tertuduh memberitahu yang dia mendapatkannya daripada saudaranya untuk melindungi perkahwinannya dan menghalang suaminya daripada berkahwin dengan wanita lain semasa ketiadaannya," katanya.

Berikutan kesalahan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara sebulan, diikuti dengan pengusiran.

Menurut pendakwaan, hukuman untuk menggunakan sihir atau sihir adalah penjara atau denda 50,000 dirham (kira-kira RM57,458) dan pengusiran bagi warga asing. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intan244 8-4-2022 08:58 PM
bibik asal mana pon x tulis
Quote Nuyak 8-4-2022 03:30 PM
kat malaysia kena ada undang2 gini..banyak juga ummah msia  suka main bomoh ni...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.022696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top