CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Dalam Tong Sampah, Lelaki Tempatan Dan Wanita Warga Asing Dah Ditahan

8-4-2022 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1132| Komen: 5

KLANG: Mayat seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan di tempat pembuangan sampah sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini.

Perkara itu disedari seorang lelaki yang terkejut melihat bayi tidak bernyawa berkenaan, kira-kira pukul 3.05 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya dengan kerjasama Unit Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat penemuan itu.


Foto: Utusan

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu dibuang di tempat pembuangan sampah kondominium berkenaan.


“Pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengesahkan bayi yang dianggarkan berusia empat bulan itu sudah meninggal dunia. Bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya Rao, hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan sepasang kekasih berusia 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan.

“Wanita warga asing disyaki suspek utama dan seorang lelaki tempatan itu ditahan di sekitar lokasi kejadian, kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah reman,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-4-2022 12:57 PM
sian....x boleh la dia ikut jejak rohana...
Quote hareeeesah 8-4-2022 01:19 PM
4bulan dh besar la..giler org skarg..
Quote cap_ayam 8-4-2022 01:22 PM
Tua renta pun fikiran/kelakuan begini juga..
Quote achinto 8-4-2022 02:36 PM
whyyy?!?! 4 bulan dah besar dah tu. kejamnya. binatang pun tak tergamak buang anak dia kat tong sampah
Quote @pip98 8-4-2022 02:53 PM
sanggup buat macam tu dekat bayi.. apa nak jadi sekarang ni...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037054 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top