CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Rusia Gunting Beg Chanel Tanda Protes Gara-Gara Disekat Beli Jenama Mewah Itu

8-4-2022 02:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2428| Komen: 17|Original author: Tatod

Sumber God


Pempengaruh di Rusia mula memotong beg Chanel mereka sebagai tanda tindak balas langsung terhadap syarikat Chanel yang melarang penjualan barangan mewah kepada individu berhasrat untuk menggayakannya ketika berada di Rusia.

Salah seorang pempengaruh, Victoria Bonya yang turut serta dalam kempen menggunting beg jenama tersebut mendakwa, sekatan berkenaan adalah sama seperti Chanel House gagal menghormati pelangannya. 

Oleh itu, sebelum memotong begnya, dia berkata, dia juga tidak perlu menghormati syarikat gergasi berkenaan.

Beberapa individu juga menuduh Chanel serta jenama lain yang enggan menjual produk kepada Rusia sebagai anti-Rusia. 


DJ Katya Guseva juga mendakwa Chanel menyokong diskriminasi terhadap wanita berdasarkan kewarganegaraan.

Pengacara televisyen, Marina Ermoshkina berkongsi sentimen yang sama ketika merosakkan beg Chanel miliknya. 

"Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel," katanya.

Perang antara Rusia dan Ukraine menyaksikan banyak jenama terkemuka mahupun aplikasi yang menyekat penjualan barangan serta sekatan penggunaan aplikasi di negara Putin tersebut.




Menurut laporan BBC, jenama mewah gergasi keluaran Perancis iaitu Chanel turut mengambil tindakan untuk melaksanakan sekatan menjual produknya kepada individu yang berhasrat untuk membawanya ke Rusia selepas menutup butik mereka di sana.

Moscow serta beberapa pelanggan menuduh firma itu sebagai anti-Rusia dan mengancam untuk memboikot jenama berkenaan. 

Dalam satu kenyataan, Chanel bagaimanapun menjelaskan pihaknya hanya mematuhi sekatan Kesatuan Eropah (EU) yang melarang penjualan barangan mewah berharga lebih daripada €300 (RM1,375). - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 8-4-2022 02:58 PM
alah apa susah beli la dengan PS international si KEPAM tu..konfem hantar sampai ke ummah rusia tu..huhuhu
Quote testly 8-4-2022 03:01 PM
Ka gunting chanel made from china ja...boleh caya ka depa2 ni...
Quote Tinot7 8-4-2022 03:02 PM
Ruski kena la buat barangan jenama sendiri mcm ni..
Quote dua_chzy 8-4-2022 03:11 PM
Apa kabar kakak Oksana di Rusia?
Quote dani-rox 8-4-2022 03:17 PM
Gitu pendirian company yg ada kaitan dgn Nazi dulu. Ohh the bleeding hearts
Quote Nuyak 8-4-2022 03:20 PM
dah tak jual kat sana rugi la rosak kan beg2 tu..patut simpan ajerrr..
Quote Skuau 8-4-2022 03:32 PM
Edited by Skuau at 8-4-2022 03:34 PM

ahh..jgn tertipu...dia beli ngn bangla kt Petaling Street...tu.
Quote sharlenetexas 8-4-2022 03:53 PM
dua_chzy replied at 8-4-2022 03:11 PM
Apa kabar kakak Oksana di Rusia?

Sheols duk londonlah.

Quote fefeeling 8-4-2022 03:58 PM
dua_chzy replied at 8-4-2022 03:11 PM
Apa kabar kakak Oksana di Rusia?

Heshe awal2 dah lari ke london ala2 ada spyleman dah inform siap2 negara theyoll nak perang
Quote sharlenetexas 8-4-2022 11:12 PM
fefeeling replied at 8-4-2022 03:58 PM
Heshe awal2 dah lari ke london  ala2 ada spyleman dah inform siap2 negara theyoll nak perang

Tak balik kampung halaman kat kampung tagarod ke?

Quote lurve82 9-4-2022 05:07 AM
Ori ke tu? Nangis wei klu ori…rege sebijik kete dah…mahal nak mamp..mampu tgk je dulu setakat ni…
Quote cmf_premierleag 9-4-2022 06:55 AM
dua_chzy replied at 8-4-2022 03:11 PM
Apa kabar kakak Oksana di Rusia?

mek oksana skang duk london
Quote batu kikir 9-4-2022 09:22 AM
Banyak je jenama lain......Bonia,  Padini........ buatan Malaysia.  Ok apa..... ala2 Italian.
Quote Lagubestbest 10-4-2022 08:34 AM
pempengaruh ke gula? susah nak beza dah perempuan tunjuk kaya kat IG sekarang ni. ramai sold to highest bidder gitu.
Quote Supersirap 10-4-2022 08:42 AM
Macam-macam hal mereka ni
Quote AKAZ85 10-4-2022 10:26 AM
Mesti nangis kepam agundu nengok beg chanel digunting gitu je [em:7:]

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049360 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top