CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Berhabis Duit RM105,418 Untuk Klon Kucing Yang Dah Mati

8-4-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 962| Komen: 4

LONDON: Seorang wanita mendedahkan sanggup membelanjakan kira-kira AS$25,000 (RM105,418) untuk mengklon kucing peliharaannya yang sudah mati.

Lapor Daily Mail, Kelly Anderson, 32, dari Texas berbuat demikian kerana percaya haiwan peliharaan berusia lima tahun itu merupakan ‘teman sejatinya’.

Dalam satu temubual di rancangan This Morning disiarkan di ITV, Anderson berkata, dia berasa kecewa setelah kucing peliharannya yang bernama Chai mati pada 2017.


Foto: This Morning

Anderson turut menyifatkan Chai sebagai ‘sesuatu yang paling dekat yang boleh digambarkan sebagai pasangan jiwanya’.


“Saya kehilangan Chai pada usia muda, selepas kucing saya mati, saya teringat perbualan bersama rakan sebilik mengenai pengklonan.

“Jadi, saya terus menghubungi ViaGen Pets. Klon Chai iaitu Belle kini muncul dalam hidup saya pada tahun lalu,” katanya.

Sambil memegang Belle di atas ribanya, Anderson menerangkan proses pengklonan kucingnya mengambil masa selama empat tahun.

Bagaimanapun, Anderson menganggap proses dan masa menunggu itu adalah amat berbaloi.   

Secara biologi, Belle merupakan sebahagian daripada Chai kerana kucing itu berkongsi asid deoksiribonukleik (DNA) yang sama menerusi proses pengklonan.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @pip98 8-4-2022 11:35 AM
uish sanggup tu
Quote swimswim 8-4-2022 12:02 PM
Teringat cerita pet senatary
Quote bakingsoda 8-4-2022 12:32 PM
overnya ko
Quote Gokuuu 9-4-2022 05:50 AM
bakingsoda replied at 8-4-2022 12:32 PM
overnya ko

Nama pun separuh drp jiwa..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048507 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top