CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampainya Hati, Mak Pak Jenis Apa Ni? Buang Anak 3 Tahun Dan 9 Bulan Di Tepi Jalan

8-4-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1832| Komen: 13

SERANG: Dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia tiga tahun dan sembilan bulan ditemukan di tepi jalan di kawasan perindustrian di Serang, Banten pada minggu lalu.


Dua kanak-kanak yang merupakan adik-beradik itu ditemukan dengan beg dan sejumlah keperluan barangan bayi termasuk botol susu dan lampin pakai buang.

Jurucakap polis, Salahuddin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan dua kanak-kanak terbabit dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapa mereka di kawasan berkenaan.


Foto: Agensi

“Mereka ditemukan oleh penduduk setempat kira-kira pukul 6 petang.


“Menurut keterangan saksi, dia ternampak seorang wanita menurunkan dua kanak-kanak di lokasi terbabit sebelum menaiki kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ketika ditemukan, si abang memangku adiknya yang masih bayi dan mereka dalam keadaan baik serta keliru,” katanya kepada Kompas.com.

Sebelum itu, dua kanak-kanak terbabit dijaga sementara oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pusat kebajikan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak Serang, Tarkul Wasyit memberitahu, dua kanak-kanak itu kini dalam jagaan pusat kebajikan di bawah agensi tersebut.

Katanya, mereka sihat dan semakin ceria berbanding sewaktu mula ditemukan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan polis bagi mencari waris dua kanak-kanak itu.

“Sehingga kini, kami belum mendapat maklumat mengenai keluarga atau waris mereka,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 8-4-2022 10:57 AM
Emak yang terdesak mungkin...mana bisa ibu tinggalkan anak macam tu je, melainkan dia rasa tinggalkan anak itu lebih selamat dari dibawa beliaw....

masyarakat keliling kita mmg ramai yang sakit.....hurmmm
Quote BeskotCekelat 8-4-2022 11:09 AM
Mana tau anak tu 3 tahun & 9 Bulan? Surat beranak dorang mak dia tinggalkan sekali ke?
Quote talapia 8-4-2022 11:45 AM
kalau taknak anak tu.. tinggalkan la di tempat selamat.. mujur dia tinggalkan dua2.. tak terpisah.. kesiannya la hai. Apala yg dipikir mak nya sanggup buat camtu. Besar ujian dia. Tapi kalau x mampu jaga.. daripada merempat mati kebulur.. baikla bagi kt orang lain yg mampu jaga n beri sepenuh kasih sayang.

Kadang ramai gak keluarga miskin.. taknak serahkan anak pada keluarga angkat.. sebab xnak pisahkan anak2 kononnnya.. tapi anak2 makan biskut kering hari2.. pegi sekolah pon x mampu.. camne? Camne masa depan anak2 tu. Nak kata dapat kasih sayang keluarga tip top pon entahla..
Quote n3ar 8-4-2022 11:52 AM
Celaka.. Haiwan pun sayang anak..

Nl kata miskin, bukan jalan kaki.. Naik kenderaan gak bila g tinggal anak tu
Quote darkness 8-4-2022 11:53 AM
Teruknya prangai
Quote emera 8-4-2022 11:53 AM
Buang masa aku baca. Indon. Aku ingat tempatan. Kisah kat indon aku skip skip je. Cissskek!
Quote monreyes 8-4-2022 12:10 PM
kalau nak sedap je pakai lah condom ..bengong
Quote mamajawie 8-4-2022 12:41 PM
hmmmm.. tah la ye iollss susah nk kabor tapi at least anak2 tu masih hidup sihat takde mati kena hurung semut takpun kne gonggong anjing..tu lagi x boleh terima
Quote Purpkehag 8-4-2022 01:04 PM
Nasib budak2 tu ditinggalkan saja(dan berakhir dgn baik), kalau didera oleh mak bapak mental lagi parah.
Quote anakmak 8-4-2022 10:26 PM
Brengggggsettttttttt lo tt
Semak berita indon!
Quote syamzana 8-4-2022 10:34 PM
kenapa tak tgl kat tempat yg selamat, tepi jalan area industri ditinggalnya. dasar makayah celaka.contoh makayah derhaka terhadap anak2nya.
Quote Mary_jane 8-4-2022 11:00 PM
Lol berita dari seberang rupanya. Hmm
Quote Xim 8-4-2022 11:01 PM
Kalau tak nak, post la kat FB weh...rasanya ramai je yg nak jaga secara sukarela...tp nnt anak² ko dah berjaya jgn sibuk plak nak claim kaw² konon 100% jasa ko....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060770 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top