Biasanya dalam sejarah, kita tahu pelbagai haiwan yang telah pupus akibat perubahan iklim, penyakit, kehancuran habitat semujadi dan banyak lagi.
Tetapi, ada beberapa spesis haiwan yang telah pupus sedang cuba dikembalikan oleh manusia dengan pelbagai cara dan sebahagian telah menunjukkan perkembangan positif.
Petikan dari Illuminasi, ini adalah lima spesis haiwan yang cuba dikembalikan oleh sains.
Mungkin ramai tidak pernah dengar nama ikan ini tetapi pada tahun 2003 ikan ini dikatakan telah pupus dan ramai tidak menyedarinya. Difahamkan, ikan itu hidup disungai, makan nyamuk yang berbahaya dan berfungsi sebagai sumber makanan kepada burung dan ikan yang lain. Tetapi pada tahun 1998, lima pasang ikan pembiakan dari zoo di England telah dibawa pulang ke Mexico untuk membuat satu program menyelamatkan spesis ikan itu. Kemudiannya, pada tahun 2012, beberapa ekor ikan Tequila itu telah diletakkan ke sebuah kolam dan beberapa bulan kemudian diperkenalkan semula ke alam semulajadi.
Kali terakhir seekor baka lembu jenis Auroch diketahui di Eropah mati pada tahun 1627, berat lembu itu adalah lebih kurang dalam 1,000KG. Berikutan itu, ada beberapa percubaan selama bertahun-tahun seawal 1920an untuk menghidupkan baka lembu itu semula.
Passanger Pigeon yang berasal dari Amerika Utara itu diperkenalkan lewat 1870an dan mereka mendapat nama itu kerana tabiat mereka yang selalu migrasi ke tempat lain. Tetapi jumlah burung itu turun secara mendadak ketika 1914 akibat aktiviti memburu burung yang meluas ketika itu. Pada tahun 2012, sekumpulan pengkaji yang dikenali sebagai "Revive and Restore" sedang mencari jalan untuk mengubah suai genetik burung merpati sekarang untuk menghasilkan semula burung merpati yang dah pupus sebelum ini dan salah satu burung itu adalah Passanger Pigeon.
Harimau Caspian yang pernah tinggal di Iran, Turki dan Asia Tengah itu pupus sejak 1960an akibat pemburuan haram. Tetapi ada rancangan yang pernah dibuat untuk mengembalikan haiwan itu semula dan tidak melibatkan pengubahan genetik. Difahamkan, rancangan itu akan melibatkan Harimau Siberia iaitu sepupu rapat Harimau Caspian kerana ciri mereka yang hampir sama dan boleh menyesuaikan diri di iklim gersang seperti Harimau Caspian. Jadi, rancangan mereka adalah letakkan Harimau Siberia di iklim yang gersang dan bermula dari situ untuk menghidupkan semula baka Harimau Caspian.
Quagga adalah spesis haiwan yang sekeluarga dengan Zebra, haiwan itu diburu sehingga ia pupus pada tahun 1878. Kini, Ahli Projek Quagga telah berkerja bertahun lamanya untuk menghidupkan haiwan itu semula dengan cara iaitu "back-breeding" yang lebih kurang sama seperti projek baka lembu Aurochs. Tetapi projek Quagga ini sudah menampakkan hasilnya dan ada beberapa ekor haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang menonjol sebagai Quagga, mereka mahukan haiwan itu terus membiak sehingga mendapat sekumpulan 50 ekor dan membiarkan mereka hidup bersama untuk melakukan apa yang dilakukan oleh haiwan itu secara semula jadi. - CARI |
ADVERTISEMENT